Assalamualaikum dan selamat pagi.
Alhamdulillah, bulan puasa telah masuk fasa kedua iaitu selepas 10 hari berpuasa. Barangkali sudah membiasakan diri dengan rutin sahur, berbuka, terawih dan amalan-amalan lain. Bulan puasa ini juga, ada satu rutin orang lelaki – menonton bola sepak, sebab Euro 2016 jatuh tepat pada bulan puasa! Cabaran, tuh.
Euro 2016
Saya memang minat menonton bola sepak. Emosi, penontonya, gaya permainan dan macam-macam lagi. Euro pula lebih menarik disebabkan perlawanan di antara negara-negara Eropah sepertimana kita tahu bahawa negara Eropah dan bola sepak sinonim (walaupun tak semua negara).
Setiap negara ada karektor bola sepak masing-masing. Misalnya, England dengan deretan bintang tapi selalu kecundang. Itali dengan taktikal pertahanannya, German dengan sistematiknya permainan, Portugal corak permainan terbuka dan macam-macam lagi.
Cuma kali ini, saya tertarik dengan satu negara – Iceland.
Iceland
Iceland adalah negara yang populasinya sangat sedikit berbanding negara-negara bertanding di Euro. Populasinya adalah 330,000 sahaja! Malah, baru-baru ini pasukan Iceland dapat menyekat Portugal di mana rakyatnya hampir 10.5 juta.
Menurut rakyat negara ini, mereka faham mereka adalah negara yang kecil di mana seseorang itu perlu menggalas banyak tanggungjawab sosial. Mereka memberi contoh seperti seorang penjaga bola sepak kebangsaan menggalas tugas untuk shot video clip lagu Eurovision Song Contest. Manakala, datuk bandar mereka (datuk bandar Reykjavik) adalah doktor, dan pembantu datuk bandar juga seorang pelawak.
Menurut tabloid Telegraph UK, sebagai pasukan bola sepak negara yang kecil; bola sepak tidak menjanjikan pulangan lumayan. Mereka juga faham, mereka bukan negara macam negara bola sepak lain – ada taktikal sendiri, ada formasi dan percaturan sendiri. Mereka hanya pegang satu perkara – duglegur.
Duglegur bermaksud ‘kerja keras’. Sebagai sebuah pasukan kerdil, mereka kena kerja keras, perlu disiplin yang tinggi dan fokus yang tepat. Mereka percaya, kalau kita berusaha dengan tiga perkara tadi kehidupan dan permainan mereka akan jadi lebih baik dan mendatangkan hasil.
Bagaimana mereka bermula: Belajar dari yang lebih hebat.
Revolusi bola sepak mereka, bermula dari lawatan ke Norway. Ketika 1990-an, Norway telah membina satu lapangan padang bola sepak tertutup (indoor). Delegasi bola sepak mereka telah datang dan lihat dan pulang ke Iceland dengan satu idea; rumah bola sepak siap dengan pemanas di setiap bandar-bandar di Iceland.
Disebabkan perubahan ekonomi mendadak tahun 2000, projek ini dapat diteruskan dan padang-padang tiruan mula memenuhi sekolah-sekolah. Masalah untuk budak-budak bermain bola sepak bukan jadi satu isu. Tiada lagi isu pengangkutan di mana dahulunya, membantutkan niat kerana isu jarak yang jauh.
Ketika ini, generasi bola sepak baru Iceland tercipta – budak seumur 8 tahun sudah minat untuk bermain bola sepak. Fasiliti yang bagus sudah ada, bakat-bakat baru sudah muncul menunjukkan minat, seterusnya siapa yang akan melatih mereka?
Di England, satu jurulatih yang mempunyai lesen UEFA adalah 1:5000. Maksudnya, setiap 5000 orang mempunyai satu jurulatih. Berbeza di Iceland, 1:500. Setiap 500 orang, akan ada seorang mempunyai lesen kejurulatihan UEFA!
Walaupun kemelesetan ekonomi tahun 2008 betul-betul membantutkan mereka, tapi mereka anggap bola sepak adalah satu cara membangunkan nilai-nilai dalam masyarakat mereka. Lama-lama kelamaan, datanglah profesion lain seperti pakar fisio, pakar pemakanan dan penganalisa video (profesion berkaitan pembangunan bola sepak). Keadaan ini membantu menghasilkan generasi pemain bola sepak yang teknikal dan kompeten.
Salah seorang pemain yang datang dari sistem ini, iaitu Gudmundson berkata:
“We don’t have the biggest star in football. But we have probably the best team in football.”
Mereka percaya, mereka tidak boleh menang dengan 11 orang secara individual tapi boleh menang dengan 11 orang yang rajin membantu pasukan. Hari ini mereka memfokuskan kepada pembangunan fizikal padang di luar dan menambahbaik padang indoor mereka dengan tujuan mempercepatkan proses maturiti pemain-pemain mereka.
Mereka kerapkali ditanya apakah rahsia pembangunan bola sepak mereka. Rata-rata menyebut adalah rasa kepercayaan yang tinggi. Untuk sebuah negara kecil, kepercayaan adalah segala-galanya. Mereka perlu percaya setiap orang yang berada dalam negara mereka.
Perlawanan pertama mereka, menentang Portugal.
Mereka mencatatkan seri – 11 pemain yang biasa menentang pasukan yang mempunyai pemain berstatus bintang.
Mesejnya, walaupun grup anda kecil jangan kata anda tidak boleh berdiri sama tinggi dengan grup yang besar. Kerja keras, fokus dan rasa percaya yang tinggi amatlah penting.
Adib Yazid