Tips ‘Cold Call’ : TIGA Langkah Anda Kena Kuasai

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Tugas ejen boleh katakan secara ringkasnya adalah ‘approach’, ‘approach’ dan ‘approach’.  Bagaimana pula teknik ‘approach’ itu?

Banyak cara – boleh melalui booth langsung, melalui aktiviti ‘table to table’, ‘door to door’ dan paling utama dan terbukti; cold call atau panggilan sejuk. Ia adalah panggilan secara rambang atau panggilan kepada kenalan asing, dimana nombor anda dapat mungkin daripada sumber yang dirancang (contoh; I Money) atau tidak dirancang (senarai nombor yang anda entah jumpa di mana)

Dua minggu lepas saya bertanya kepada seorang lelaki daripada syarikat insuran lain (bukan Prudential) bagaimana hendak melakukan panggilan ‘cold call’ ini. Dia telah merumuskan bahawa ada tiga langkah penting atau disebut ‘breakthrough’. Pastikan, ‘breakthrough’ ini dimulakan dan dilakukan secara berperingkat.

Apa-apa pun kreativiti adalah paling utama dalam perbualan.

 

#1. Breakthrough 1 :

  • Mulakan dengan lafaz ‘Assalamualaikum’ atau ‘Hello’ sudah memadai.
  • Selepas itu, memperkenalkan siapa nama anda.
  • Katakan, dari mana anda mendapat sumber nombor telefon. Sudah pasti, ramai tidak selesa kalau dapat nombor dari orang kebanyakan.
  • Anda kena mulakan sesi kenalpasti, tanya soalan seperti “Adakah betul saya bercakap dengan Encik Amir?”

 

#2. Breakthrough 2 :

  • Di sini apa yang penting adalah memberitahu tujuan anda telefon.
  • Kalau sumber ‘leads’ anda datang dari program survey mengenai produk tertentu, terus fokuskan pada produk tersebut.
  • Katakan dengan jelas dan tepat.

 

#3. Breakthrough 3 :

  • Terbaik sekali, panggilan diakhiri dengan persetujuan untuk berjumpa.
  • Anda kena tanamkan dalam minda, telefon bukan untuk menerangkan tapi bersungguh-sungguh untuk dapatkan ‘appointment’.
  • Simpulkan semula seperti ‘OK, kita akan berjumpa pada 10.30 pagi hari Isnin di XXX.’

 

Mudah bukan?

Mudah untuk kata-kata, tapi untuk lakukannya adalah perkara berbeza.

Selamat mencuba!

 

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s