Undang-Undang Pareto: FOKUS Pada 20 % Pelanggan dan 20% Aktiviti

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Kerja harian sebenarnya banyak.

Dari bangun tidur anda telah bermula banyak perkara. Anda mandi, solat, sarapan (sekarang bulan puasa, jadi sahur ler), selepas itu bersenam, pakai baju dan pergi kerja. Oh, masuk pula tempat kerja. Lagi banyak!

Pernah tak anda dengar mengenai Pareto Rules (Undang-Undang Paret0)?

Undang-undang Pareto adalah undang-undang yang menceritakan perihal 80 peratus dan 20 peratus. Apa itu, 80:20?

Adib Yazid Pareto Rules.PNG

Banyak perkara dalam yang saya boleh kaitkan dalam industri insuran / takaful menggunakan undang-undang Pareto.

  • Dalam buku Influence, anda kena tahu bahawa kita perlu fokus pada 20 peratus aktiviti yang penting dalam perkara-perkara yang perlu dibuat untuk selesaikan satu perkara. 20 peratus kerja ini akan memberi hasil 80 peratus tersebut. Pilih kerja yang memfokuskan kepada 20 peratus tersebut!
  • Dalam pelanggan yang anda ada, sebenarnya ada 20 peratus kategori pelanggan anda yang sangat penting! 20 peratus pelanggan ini sebenarnya yang menjadi tulang belakang bisnes anda, juga memberi hasil 80 peratus ‘total revenue’ bisnes anda. Cuba periksa kalau tak percaya.
  • Kalau anda ejen Prudential, anda akan ‘familiar’ dengan The Vital Behaviour, dimana sebagai ejen kena fokus pada aktiviti yang benar-benar memberi hasil iaitu – phone call, fact find, new names, approach dan presentation. Aktiviti lain, ya akan memberi hasil juga. Tapi 20 peratus aktiviti ini yang sebenarnya memberi pulangan jualan 80 peratus (aktiviti ini yang menjana duit sebenarnya!)
  • Dalam sesebuah agensi, akan ada tiga golongan – 20:70:10. 20 peratus adalah ejen yang bagus, 70 peratus adalah ejen yang biasa dan 10 peratus ejen bawah biasa. 20 peratus ejen yang ‘performer’ adalah ejen yang memberi hasil dan keputusan yang baik sebanyak 80 peratus! Manakala 70 peratus ejen lain mendukung visi dan misi agensi – jangan buat tak endah pada mereka! Baki 10 peratus ejen ini adalah sekadar di pinggiran, ubah mereka masuk ke 70 peratus ini.

 

Boleh faham apa sebenarnya Undang-Undang Pareto?

Sebagai ejen dan sebagai seorang ‘leader’, anda perlu fokuskan perkara yang benar-benar buat efektif dan efisien. Bukan buat semua perkara pada kadar yang sama – boleh penat dan boleh ‘exhausted’.

Kata yang lebih difahami – priority / keutamaan.

 

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s