Apakah Jenis Polisi Insuran Nyawa Yang Paling Sesuai Untuk Saya?

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Kepelbagaian produk yang wujud di pasaran adalah untuk memenuhi keperluan dan menyelesaikan masalah berbeza-beza. Penyembur serangga dan ubat nyamuk jenis bakar banyak dipasarkan di kampung-kampung berbanding di bandar, kerana kurang gemarkan asap yang keluar.

Begitu juga dengan pelan insuran nyawa – setiap satu ada peranan masing-masing. Sebelum entri ini, saya telah berkongsikan jenis-jenis pelan insuran nyawa yang ada.

Boleh rujuk di sini > Jenis-Jenis Polisi Insuran Nyawa : Kenal Pasti Polisi Yang Anda Pegang

Soalannya, apakah poisi insuran nyawa yang paling sesuai untuk saya?

 

Adib Yazid Insuran Nyawa Paling Sesuai.JPG

Anda Seorang Profesional Bujang;

Keperluan anda adalah perlindungan seumur hidup dan matlamat kewangan masa hadapan dalam jangka masa panjang.

Perlindungan yang disarankan adalah insuran nyawa seumur hidup atau insuran nyawa bertempoh (term). Jika anda masih muda, adalah lebih baik ambil insuran nyawa seumur hidup atas faktor usia muda – ambil ‘coverage’ yang tinggi dimana lebih mampu dimiliki (murah)

 

Anda Adalah Pasangan Pengantin Baru;

Keperluan pasangan ini adalah simpanan untuk keperluan masa hadapan sebagai pasangan itu sendiri. Juga perlu memenuhi perancangan cukai (tax relief) dan perlindungan selepas kematian, apatah lagi jika kedua-dua saling bergantung dari segi pendapatan.

Perlindungan yang disarankan adalah insuran berkaitan pelaburan dimana boleh memberi pulangan tunai pada masa akan datang, lebih bermatlamat jangka panjang. Insuran nyawa seumur hidup juga sesuai untuk dimiliki.

 

Anda Adalah Pasangan Dengan Anak;

Apa yang lebih penting, pastikan anda mempunyai keperluan seperti pasangan pengantin baru terlebih dahulu.

Jika sudah lakukannya, anda kena membuat perancangan cukai, keperluan masa hadapan terutama pendidikan anak-anak pada masa akan datang.

Perlindungan yang disarankan adalah insuran bertempoh gadai janji berkurangan (MRTA) – jika sudah mempunyai komitmen rumah. Opsyen lain adalah MLTT atau insuran nyawa seumur hidup.

 

Anda Akan Bersara Tidak Lama Lagi;

Keperluan utama adalah simpanan persaraan. Pastikan pelan itu adalah jenis pelan jaminan – lebih ‘secure’ dari segi pulangan.

Perlindungan yang disarankan adalah pelan endowmen atau anuiti nyawa.

 

Anda Sudah Jadi Pesara;

Keperluan simpanan untuk perbelanjaan perubatan dan pendapatan berterusan adalah keperluan paling utama.

Jadi perlindungan disarankan adalah anuiti nyawa dan insuran nyawa bertempoh (term) dalam jangka masa 20-30 tahun. (Lebih praktikal dimana tidak semahal pelan insuran nyawa seumur hidup)

 

 

Mana perlindungan Kad Medikal?

Kad Medikal saya boleh katakan, setiap peringkat memerlukan Kad Medikal. Kad Medikal ada dua jenis:

  • Jenis Standalone
  • Jenis Rider

Saya lebih menyarankan anda mengambil Kad Medikal jenis Rider yang boleh diambil berserta pelan insuran nyawa yang lain.

Contohnya, pelan insuran berkaitan pelaburan yang diletakkan sekali rider kad medikal.

Baca -> Beza Standalone VS Rider

 

‘Memiliki insuran / takaful memerlukan kesedaran. Memahami insuran / takaful memerlukan pengetahuan.’

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s