Lapan Gaya Berfikir, Kesemuanya Membantu Dalam Satu Pasukan Hebat

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Baru-baru ini, kajian Harvard memperincikan bahawa ada lapan gaya berfikir yang penting dalam sebuah pasukan yang hebat. Menurut kajian ini, telah memperincikan melalui orientasi dua gaya berfikir:

  • Memandang jauh ke hadapan, atau melihat sesuatu dengan lebih besar – big picture orientation.
  • Atau, memandang sesuatu dengan terperinci dan teliti – details orientation.

Manakala gaya berfikir ini boleh dibahagikan melalui jenis-jenis fokus yang ada, iaitu:

  • Fokus kepada pembangunan idea.
  • Fokus kepada proses dan perjalanan.
  • Fokus kepada tindakan.
  • Fokus kepada hubungan sesama manusia.

Kalau dirajahkan pada graf, maka terhasilnya lapan cara berfikir.

ADIB YAZID Workplace Thinking Style.jpg

 

Ketika permulaan sesuatu projek atau penciptaan sebuah pasukan, Explorer dan Planner akan membantu mencadangkan strategi dan struktur organisasi kumpulan, serta pembahagiaan usaha.

Explorer lebih kepada ‘spark the ideas’ secara kasar. Untuk menjadikan idea itu lebih realistik, Planner akan mengambil alih merancang segala tindakan-tindakan akan datang yang perlu diambil.

Energizer pula hadir untuk membantu ahli pasukan mencipta visi dan misi, menggunakan sumber sedia ada. Connector pula memastikan nilai kemanusiaan itu hidup dalam visi dan misi mereka.

Segala perancangan strategu perlu diambil tindakan, adalah lebih baik dipimpin oleh pemimpin mempunyai gaya fikir secara mikro atau ‘details’. Expert akan memperincikan setiap langkah-langkah, strategi dan perancangan yang telah dicipta. Optimizer pula bekerjasama untuk memastikan setiap langkah yang diambil, strategi digunapakai dan perancangan yang dijalankan berada dalam keadaan efisien untuk dilaksanakan.

Producer lebih kepada melaksanakan tindakan yang diambil, hanya lakukan apa yang perlu disuruh atau sudah dirancang.

Terakhir, Coach memastikan setiap ahli pasukan bekerjasama dalam pasukan, membantu antara satu sama lain dan memberi motivasi supaya tim berada dalam terbaik melaksanakan tindakan.

 

Peranan Leader

Jadi, peranan setiap seorang amat penting dalam membangunkan sebuah pasukan. Apatah lagi, apabila anda merancang sebuah ‘winning team’.

Seorang leader sentiasa bertanggungjawab untuk memastikan pasukan sentiasa efektif dan seiring dengan setiap ahli pasukan. Maksudnya, leader adalah seperti konduktor orkestra yang memastikan setiap pemain muzik bermain dalam keadaan harmoni.

Terlalu fokus pada idea-idea besar menyebabkan banyak perkara tidak boleh dilakukan atau tidak siap. Manakala fokus kepada perkara kecil seperti setiap proses secara kerap dan ‘strict’ pula menyebabkan hilang dalam visi dan misi. Lebih parah lagi, hilang nilai kemanusiaan, hubungan sesama manusia dan rasa percaya terhadap pasukan.

Apabila anda tahu mengenai perkara ini, anda akan faham kepentingan setiap orang yang mahu bersama anda dalam satu pasukan.

Sebagai contoh mudah:

  • Untuk mendapatkan idea baru dan segar, anda perlukan Explorer.
  • Merancang mempunyai struktur yang efektif, anda perlukan Planner.
  • Ingin menjawab segala soalan teknikal, anda perlukan Expert.
  • Menaiktaraf atau membangunkan sistem sedia ada, anda perlukan Optimizer.
  • Mencipta tim yang sepakat dan satu suara, anda perlukan Connector.
  • Membina hubungan sesama ahli pasukan lebih erat, anda perlukan Coach.
  • Tim yang melaksanakan kerja, anda perlukan Producer.
  • Meningkatkan kualiti dan kuantiti kerja, anda perlukan Energizer.

Setiap orang memang akan ‘biasa’ terhadap satu cara fikir, tapi anda sebagai ‘leader’ kena mencipta persekitaran yang membantu ahli pasukan anda meneroka gaya pemikiran baru.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s