Aktiviti-Aktiviti Ejen Bulan Ramadhan / Puasa

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Bulan Ramadhan berbaki beberapa hari lagi. Ada yang menangisi pemergian Ramadhan, malah ada yang menunggu kegembiraan Syawal. Pokok pangkalnya, apabila anda sedang membaca ini – maksudnya, anda masih ada hari untuk diterokai, diberi nafas baru untuk meneruskan hidup.

Apabila menjadi ejen jualan, ada yang mengatakan angka jualan akan merosot apabila masuk bulan Ramadhan. Situasi lemau nak kerja, nak jumpa orang ada had masa (malam sahaja boleh) dan macam-macam alasan lain.

Tapi… ada juga ejen, dalam bidang Takaful ini sedang rancak melakukan promosi, kerja, appointment sehingga membawa peningkatan angka jualan.

Sebelum berpuasa, saya sempat mengadakan kelas sebelum masuk Ramadhan. Antara tajuk lain adalah membincangkan apa yang ejen patut buat ketika bulan puasa. Jadi, saya senaraikan (baru hari ini nak senarai?) juga untuk panduan ejen-ejen akan datang. Insha Allah.

 

Aktiviti-Aktiviti Ejen Bulan Ramadhan

  • Program Referral – melawat pelanggan sedia ada, minta dan bertanya pada mereka, jika ada kawan-kawan, keluarga atau rakan sekerja sedang memerlukan insuran / takaful.
  • Program Hibah Penama – mungkin sebelum ini anda sibuk untuk ‘closing’ dengan cepat, sehingga lupa membuat penama untuk pelanggan-pelanggan anda. Ini adalah masanya.
  • Program Jelajah Masjid – program sesuai untuk ejen tidak berkahwin lagi, menjelajah keseluruh masjid. Sambil berbuka, sambil buat kawan (prospecting).
  • Program memberi beras – memberi 1kg beras (contoh: Basmathi). Poinnya, tak beri kepada pelanggan, tapi beri kepada keluarga pelanggan.
  • Program memberi kurma – beri sekotak atau sebungkus kurma kepada pelanggan. Lebih baik beri ketika pelanggan di pejabat (suasana ramai orang). Lebih baik, beri pada awal Ramadhan.
  • Program memberi kad raya – sampaikan kad raya bertulisan tangan. Kalau boleh beri kad raya, yang mempunyai gambar anda.
  • Program memberi sampul raya – beri kepada pelanggan anda, sebungkus. Itu sudah memadai, bukan?
  • Progam memberi hamper raya – ini sesuai diberi kepada pelanggan yang betul-betul membantu anda dalam pembangunan karier dan bisnes anda.
  • Program ‘policy review’ – ini adalah aktiviti santai-santai, mengajak pelanggan anda ketika moreh, membelek-belek polisi pelanggan anda.
  • Program ECN – ini lebih kurang seperti program referral.

 

Banyak bukan?

Kalau anda rasa sudah terlambat, ambil satu sahaja yang mana anda rasa boleh buat. Contoh, Program memberi hamper raya.

Selamat mencuba.

 

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s