Perkongsian Tung Siak Leng : Cari Ejen TUPAI

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Perkongsian dari grup Whatsapp.

Semalam dengar perkongsian dari trainer Mr. Tung Siak Leng macam mana nak pilih ejen yang bagus. Beliau kata nak cari ejen ini ibarat macam nak cari seekor tupai – iaitu haiwan yang boleh memanjat pokok. Kalau kita cari anjing atau lembu; kita didik, kita ajar macam mana pun tetap juga jadi anjing dan lembu ni tadi tak boleh memanjat pokok.
Antara yang perlu ada dalam tupai yg kita nak cari / mahu, dikategorikan sebagai 8M.

#1. Market (Pasaran)

Ejen yang kita nak rekrut mesti ada pasaran yang sendiri. Kena ramai kawan. Kena ada ‘orang’ yg dia nak ‘approach’. Kalau kita tanya ejen tersebut, kita tanya dia asal dari mana? ‘Kelate’. Membesar di mana? ‘Kelate’. Sekolah di mana? ‘Kelate’.  Habis tu  buat apa di KL ni? “Baru datang dari Kelate, nak cuba2 jadi agent”. Haruuuu. Celah mana dia nak carik prospek? Kecuali dia berani buat redah? Dia berani tegur orang yg dia tak kenal. Tapi mungkin susah sikit sebab dia baru. Jadi untuk pilih ejen, mesti ejen ini tadi sekurang-kurangnya ada warm market di keliling dia.

 

#2. Matured (Matang)

Nak pilih ejen, kalau boleh pilih ejen yang ‘matured’ atau matang. Sebab kematangan ini perlu masa nak ‘handle objection’. Kalau kena ‘reject’ sikit, balik pejabat menangis pada ‘leader’, beritahu kena ‘reject’ la.

Jadi satu kerja pula untuk ‘leader’ nak memujuk ejen-ejen. Tak ada masa untuk ‘leader’ nak melayan jiwa-jiwa rapuh. Gitu.

 

#3. Mentally Stable (Stabil Dari Segi Emosi)

Ejen yang bagus juga adalah ejen yang biasanya hubungan kekeluargaan yang stabil. Dapat sokongan daripada pasangan dan galakan dari ahli keluarga. Sebab ada ejen ini yang bila dia di pejabat, ‘leader’ bagi motivasi hebat-hebat – dia OKAY. Tetapi, apabila pulang ke rumah kena ‘torture’ dengan suami / isteri, kena marah dengan ibu bapa terus jadi tak stabil. Bila emosi tak stabil, tak jadi nak buat kerja.

 

#4. Money (Duit)

Nak jadi ejen kena ada duit. Kena ada simpanan sikit. Susahlah asyik tak ada duit. Kerjanya nak meminjam daripada ‘leader’ Meminjam kawan-kawan. Nanti mula buat cerita sedih, ‘Bos saya semangat nak buat sales tapi duit tambang tak ada bos.’

Dapat ejen ini agak memudaratkan poket anda juga.

 

#5. Morality (Moral)

Nak jadi ejen pun, moral kena bagus. Kena ada etika. Kena jujur dan amanah. Supaya tak ada kes makan duit pelanggan. Kebas duit pelanggan. Sebab bila kes macam ini, yang kena panggil dengan syarikat adalah ‘leader’ dulu. Yang kena soal siasat dengan Bank Negara adalah ‘leader’ dahulu. Awas ye!

 

#6. Motivation (Motivasi)

Nak jadi ejen, motivasi kena kuat. Kena ada ‘inner fire’. Kena ada alasan kuat sebab apa nak jadi ejen. ‘Leader’ hanya boleh motivasi daripada luar je. Tapi kalau diri sendiri tak nak bergerak, asyik kena tunggu ‘push’ daripada ‘leader’, tu yang ada kes ‘leader’ sakit jantung tu.

 

#7. Mind (Minda)

Nak cari ejen, kenalah cari yang pandai sikit. Kalau dah ambil TBE sampai 14 kali tu… malas atau kurang cerdik?

 

#8. Medical (Kesihatan)

Kena juga cari ejen yang tahap kesihatanya sangat baik. Kalau dah selalu sakit, macam mana dia nak buat kerja? Kau nak jadi ejen ke nak jadi klien sebenarnya. Asyik ejen yang keluar masuk hospital?

Ok, kepada LEADER & BAKAL LEADER, selamat merekrut TUPAI!

 

Nukilan semula oleh Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s