Assalamualaikum dan selamat pagi.
Insuran mempunyai pelbagai pilihan pelan dan pakej-pakej, menyebabkan tidak tahu mana satu keperluan untuk memiliki atau ‘hype’ sahaja. Ini menimbulkan kecelaruan atau salah faham yang banyak, juga menyebabkan ketidak-puas-hatian setelah memiliki polisi sedia ada.
Apa yang saya tulis semua ini adalah pendapat saya; pelan insuran wanita perlu.
Pelan insuran / takaful sedia ada kebiasaanya diselitkan juga manfaat penyakit kritikal. Manfaat penting salah satunya (selain jantung, koma, TPD) adalah kanser. Pampasan penyakit kritikal untuk penyakit kanser hanya boleh diberi apabila mengikut syarat-syarat dan kondisi-kondisi tertentu.
Apabila memenuhi syarat tersebut barulah diberi manfaat pampasan, sekaligus.
[ Baca Definisi Kanser : Lama & Baru ]
Jika anda sudah membaca, anda akan faham bahawa manfaat kanser wanita seperti kanser payudara dan kanser serviks tidak dilindungi. Salah satu faktornya kerana kanser ini hanya wujud pada wanita sahaja (kes wujud pada lelaki masih kecil, sebab itu dikira hanya pada wanita sahaja).
Pada wanita juga, bahagian wanita seperti payudara dan muka amatlah penting. Perlindungan kedua-dua ini dimasukkan ke dalam pelan Pru Lady. Pernah dengar nama osteoprosis? Penyakit tulang yang kerap mengancam wanita asia?
Pelan Pru Lady memberi manfaat pemulihan untuk sakit osteoprosis.
[ Mengetahui lebih lanjut manfaat Pru Lady: Brochure Bahasa Melayu Muat Turun]
(Disclaimer: Brochure ini anda boleh muat turun terus di laman rasmi Prudential)
Bagaimana hendak memiliki pelan Pru Lady?
Mudah! Pelan ini ada empat kategori. Kesemua kategori memberi manfaat yang sama, A to Z tapi berbezanya jumlah manfaat.
Empat pelan tersebut:
- Pelan 1 : RM25,000
- Pelan 2 : RM50,000
- Pelan 3 : RM75,000
- Pelan 4 : RM100,000
Misalnya anda memilih pelan 4; pelan RM100,ooo. Dalam Pru Lady, manfaat yang saya paling gemar adalah manfaat peristiwa atau Life Change Benefit.
- Jika wanita itu berkahwin, akan diberi 3% bersamaan RM3,000.
- Jika wanita itu membeli rumah pula, akan diberi lagi 3% bersamaan RM3,000.
- Jika wanita itu melahirkan anak, akan diberi 3% bersamaan RM3,000.
- Jika tidak menggunakan kesemua di atas, apabila wanita itu bersara akan diberi tambahan 9% bersamaan RM9,000.
Paling terbaik, jika mencarum sampai umur 70 tahun (walaupun manfaat di atas telah membuat tuntutan), kesemua caruman akan diberi semula. Menarik bukan?
Pelan ini dari segi kemampuan untuk memiliki sebenarnya adalah sangat-sangat mampu dimiliki berbanding pelan perubatan sedia. Ingat, pelan ini adalah tambahan kepada pelan sedia ada untuk wanita. Ianya bukan pelan ‘core’.
Disclaimer: Sales Illustration / Product Disclosure Sheet (PDS) ini dibuat berdasarkan umur 26 tahun dan kelas pekerjaan 1.
- Pelan 1 : RM 52.77 (Muat Turun)
- Pelan 2 : RM 96.45 (Muat Turun)
- Pelan 3 : RM 144.32 (Muat Turun)
- Pelan 4 : RM 182.78 (Muat Turun)
Selamat memahami pelan Pru Lady!
Jika ada sebarang pertanyaan boleh emailkan kepada saya.
Adib Yazid