Assalamualaikum dan selamat pagi.
Dalam cabang pengurusan kewangan, sebenarnya adalah tajuk yang luas untuk diperbincangkan. Ia meliputi dari asas kewangan iaitu pendapatan dan perbelanjaan, perlindungan, pelaburan, pengekalan dan pewarisan.
Setiap cabangnya pula, skopnya juga meluas. Sebagai contoh, perihal pelaburan bukan hanya tertumpu pada pelaburan hartanah, tapi pelaburan seperti amanah saham, saham-saham, pembelian komoditi, logam-logam (emas dan perak) dan macam-macam lagi, menjadikan pengurusan kewangan lebih dinamik.
Jadi, cabaran hari ini anda kena memandang pengurusan kewangan dengan skop lebih meluas atau lebih holistik.
Pembahagian Harta Insuran / Takaful : Faraid, Wasiah & Hibah Bersyarat
Sebelum saya mengulas lebih jauh, anda kena faham dulu pembahagian harta insuran samada perlu melalui faraid, wasiah atau hibah.
(Penulisan saya sebelum ini: Faraid, Wasiah & Hibah Bersyarat)
Sesuatu harta yang mutlak milik kita, adalah harta yang kita mempunyai kawalan sepenuhnya. Rumah yang telah habis bayar adalah harta. Rumah yang belum habis bayar, belum tentu itu harta anda. Seperti juga kereta, ia bukan harta selagi anda berhutang dengan bank.
Insuran dan takaful, adalah harta anda sebenarnya. Kenapa saya kata begitu, sebab anda berhak mempunyai kawalan kepada polisi insuran atau sijil takaful. Contohnya, anda ambil pelan berkaitan pelaburan – anda berhak mengurangkan caruman atau menambah caruman, apatah lagi untuk tidak mahu mencarum. Anda memulangkan polisi atau sijil untuk mendapatkan nilai tunai.
Apabila insuran dan takaful adalah harta anda, jadi boleh kah ianya diwarisi?
Jawapannya, tidak. Boleh diwarisi adalah segala bentuk pampasan dan nilai tunai jika berlaku kematian.
Trust & Non-Trust
Sebelum saya pergi jauh mengenai perbezaan Wasiyah dan Hibah Bersyarat, saya mahu anda fahamkan dulu konsep trust dan non-trust.
Trust untuk pemahaman yang lebih mudah adalah lebih baik anda faham begini – orang hubungan yang penting.
Contoh trust adalah;
- Seorang ayah menamakan anaknya, anaknya pula boleh dalam keadaan bujang atau sudah berkahwin.
- Seorang suami menamakan isterinya.
- Seroang anak yang masih bujang, menamakan ibu dan bapanya.
Contoh non-trust adalah;
- Seorang anak yang sudah berkahwin menamakan ibu atau bapanya.
- Seorang abang menamakan seorang adik, dan sebaliknya.
- Seorang teman lelaki menamankan teman perempuannya.
- Seorang bos menamakan pekerjanya.
Kenapa konsep trust dan non-trust ini penting? Anda kena tahu, apabila berlaku pampasan kematian, penama adalah seorang trust – duit pampasan itu adalah credited proof. Maksudnya, duit pampasan itu tidak boleh dituntut untuk menyelesaikan hutang. Jika non-trust, duit pampasan itu masih boleh dituntut untuk urusan menyelesaikan segala hutang.
Trust dan non-trust, adalah berlaku ketika penama ditulis.
Contohnya, anak itu ketika bujang menamakan ibunya sebagai penama penerima pampasan kematian – jadi ketika ini, masih seorang trust.
Selepas beberapa tahun, anak itu telah berkahwin. Juga berlaku kematian kepada anaknya. Persoalan akan muncul, samada duit pampasan itu credited proof atau tidak, kerana ianya adalah non-trust jika seorang anak berkahwin menamakan ibu atau bapanya.
Untuk kes ini, duit pampasan itu adalah credited proof kerana si anak menamakan penama, seorang ibu ketika dia masih belum berkahwin. Jadi ketika ini, adalah trust.
Faraid, Wasiah & Hibah Bersyarat
Apabila seorang muslim meletakkan penama, anda kena faham tiga ini –
- Hibah bersyarat
- Wasiah
- Faraid
Wasiah dalam kata lain adalah pelaksana (executor), iaitu melaksanakan tanggungjawab. Manakala hibah bersyarat adalah hadiah. Faraid adalah undang-undang pembahagian harta, diterangkan dengan jelas dalam Al-Quran.
Saya lebih suka menerangkan menggunakan situasi.
Situasi 1 : Ali membeli satu polisi konvensional dan menamakan ibubapanya sebagai penama.
Situasi ini, sebenarnya dah termaktub dalam borang permohonan konvesional insuran.
‘No trust is created for Muslim assured / proposer, therefore a nominee of a Muslim assured / proposer shall distribute the policy moneys according to Islamic Law.’
(Penulisan saya sebelum ini mengenai pampasan Insuran Konvensional : Boleh Ker Keluarga Menerima Pampasan Insuran Konvensional?)
Maksudnya, jika berlaku kematian kepada Ali, duit pampasan kematian akan diberi kepada ibubapanya sebab ada penama dalam polisi tersebut. Tetapi, ibubapanya masih boleh menerima duit tersebut dan hendaklah membahagikan duit itu mengikut hukum Faraid.
Seterusnya, untuk pencarum takaful pula.
Situasi 2 : Ali mencarum satu sijil takaful dan memilih cara wasiah, dan menamakan ibubapanya sebagai penama.
Jika berlaku kematian kepada Ali, ibubapanya akan menerima manfaat kematian tersebut. Akan tetapi masih lagi, perlu diagihkan mengikut hukum Faraid.
Kes ini, penama hanyalah sebagai wasi (pelaksana/executor) dan ini juga adalah non-trust. Bila non-trust, maksudnya, bukan credited proof. Kena selesaikan pembayaran hutang, barulah selepas itu diagihkan melalui hukum Faraid.
Situasi 3 : Ali mencarum satu sijil takaful dan memilih cara hibah bersyarat, dan menamakan ibubapanya.
Jika berlaku kematian kepada Ali, ibubapanya akan menerima manfaat kematian tersebut. Duit pampasan tersebut adalah credited proof – tidak boleh dituntut untuk urusan hutang. Ini keranan ianya adalah trust. Tambahan, ibubapanya menerima duit pampasan itu sebagai benefisian (beneficiary). Dengan kata lain, duit itu adalah mutlak sebab ianya adalah hadiah.
Definisi Hibah.
Hibah ialah pemberian sukarela dari pemberi hibah kepada penerima hibah yang dibuat atas dasar kasih sayang tanpa menerima sebarang bentuk balasan.
Harta yang boleh dihibah.
Semua jenis harta yang di atas nama pemilik boleh dihibahkan. (Nama orang lain mana boleh, bang.) Contoh seperti hartanah (rumah, tanah, kondominium, apartment dll.), saham syarikat ( sama ada Sdn.Bhd. atau Berhad.) dan saham-saham unit amanah (BIMB unit trust sahaja).
Tujuan Hibah dibuat.
Bagi orang Islam. Hibah adalah satu instrumen yang paling tepat sekiranya pemilik ingin memberikan hartanya kepada sesiapa yang dikehendakinya. Contohnya, jika seorang ayah ingin anak angkatnya memiliki rumahnya selepas dia meninggal dunia kelas, dia perlu membuat dokumen Hibah yang mengisytiharkan bahawa dia menghibahkan rumah tersebut kepada anak angkatnya.
Kesan Hibah.
Semua harta yang telah dihibah akan terkeluar dari harta pusaka dan tidak akan diagih kepada waris mengikut Hukum Faraid. Ini bermakna hasrat pemberi hibah untuk memberikan sesuatu harta itu kepada sesiapa yang menerima Hibah tersebut akan tercapai.
Siapa yang perlu buat Hibah.
Sesiapa sahaja yang berniat untuk mewariskan sesuatu hartanya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Contohnya suami ingin menghibahkan rumah kepada isterinya, ibu atau bapa angkat ingin menghibah rumahnya kepada anak angkat, datuk atau nenek ingin menghibah kepada cucunya dan sebagainya. Pendek kata kita boleh menghibahkan apa sahaja harta kita kepada sesiapa sahaja yang kita ingini sama ada waris atau bukan waris kita.
Walau apa-apapun, hutang masih perlu dibayar. Jika tidak, roh akan digantung.
Pelan Bernama Hibah Adalah Rekaan Semata-Mata
Pelan bernama Hibah adalah direka semata-mata untuk tujuan pemasaran. Sebenarnya hibah (hibah bersyarat) adalah cara yang perlu anda pilih selepas anda memiliki takaful. Untuk insuran konvensional, tiada opsyen untuk dihibahkan – hanya ada opsyen sebagai penama (executor) sahaja.
Hanya takaful boleh di-hibahkan.
Untuk pemahaman lebih lanjut, anda lihat gambar bawah ini.
Sebagai pemegang sijil takaful, adalah hak anda untuk ubah suai penama selagi anda bernyawa. Penama boleh dinamakan lebih dari seorang. Jika lebih seorang, anda kena tentukan menggunakan peratus. Sebagai contoh, dua orang – boleh guna 50% dan 50%, atau 20% dan 80%. Terpulang.
Anda akan dapat lihat, anda boleh menamakan penama sebagai wasi (executor) / pelaksana atau di bawah hibah bersyarat. Kedua-duanya berbeza, dan tertakluk di bawah akta yang berbeza.
Saya menggunakan maklumat borang Prudential BSN Takaful.
Sudah pasti, apabila wang hibah / pampasan tersebut telah dilepaskan, syarikat takaful tersebut sudah terlepas daripada apa-apa liabiliti (masalah-masalah macam perebutan atau tindakan undang-undang, contoh).
Memang sudah dipesan, supaya cepat-cepat melengkapkan borang ini (penama).
Tiada penama, pampasan sijil ini akan diserahkan kepada Amanah Raya Berhad.
Pemberian kepada penama daripada pampasan sijil takaful tertakluk dibawah IFSA (Islamic Financial Services Act, 2013) atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam, 2013.
Jika anda tidak menamakan individu, anda boleh melantik mana-mana trust company yang anda mahukan. Ruang ini untuk penerima hibah belum mencapai umur 18 tahun. (Lihat gambar pertama)
Sebagai contoh, seorang datuk yang kaya mahu mencipta dana pendidikan untuk cucu. Tapi disebabkan tidak mahu diberi kepada anak, anak beri kepada cucunya atau kerisauan duit itu tidak sampai ke cucunya kelak.
Datuk tersebut boleh menamakan cucunya sebagai penerima, tapi duit itu akan ditahan atau perlu diletakkan di mana-mana trust company terdahulu dan akan diberi kepada cucunya apabila sudah mencecah usia 18 tahun.
Bagaimana Menentukan Amaun Sesuai Untuk Dihibahkan?
Minima adalah satu tahun pendapatan.
Contoh, jika pendapatan tahunan adalah RM50,000. Jadi anda perlu mempunyai sijil takaful bernilai RM50,000 pada pampasan kematian sahaja.
Ikut buku kewangan adalah 10 tahun pendapatan.
Contoh, jika pendapatan tahunan RM50,000. Jadi anda kena perlu mempunyai sijil takaful bernilai RM500,000 pada pampasan kematian sahaja.
Ikut saya (saya belajar dari orang lain), adalah 11 tahun pendapatan.
Bermaksud kena ada sijil takaful bernilai RM550,000.
Kenapa 11 tahun?
OK. Idea 10 tahun pendapatan iaitu RM500,000 (guna situasi di atas) adalah didasarkan apabila pampasan itu diterima, terus diletakkan di satu amanah saham yang memberi pulangan ideal iaitu 10 peratus.
Jadi keluarga itu akan menerima 10% dari RM500,000 setiap tahun iaitu RM50,000. Prinsipalnya masih dikekalkan. Tapi ingat, sebaik sahaja dapat pampasan terus ‘dump’ ke amanah saham. Realitinya tidak begitu.
Jika idea 11 tahun pendapatan RM550,000 adalah didasarkan RM50,000 dibelanjakan untuk tujuan tahun pertama arwah meninggal dunia. Misalnya hutang-piutang (dengan harapan hutang tidak lebih RM50,000), perbelanjaan pengurusan jenazah dan hal-hal lain.
Baki 10 tahun itu diletakkan di amanah saham yang memberi pulangan ideal 10%. Jadi prinsipalnya masih RM500,000.
Mampu Ker Saya Nak Mempunyai Pelan Hibah Ini?
Apabila saya merangka pelan untuk tujuan hibah ini, saya hanya meletakkan dua manfaat sahaja.
- Manfaat Kematian
- Manfaat Contributor – andaikata pemunya sijil sakit kritikal, akan di-waive-kan untuk bayaran seterusnya.
Dan, saya menggunakan instrumen pelan takaful berkaitan pelaburan berbanding pelan tradiosional yang mempunyai tempoh (term takaful). Kenapa?
- Ada opsyen sehingga 100 tahun, dimana lebih murah berbanding pelan tradisional.
- Ada pulangan (tidak dijamin) pada akan datang. Tapi ini bukan fokus saya.
- Pilihan pelaburan di ekuiti secara tak langsung.
Bawah ini saya memberi contoh pelan mengikut umur 30 tahun, kelas pekerjaan satu (1), tidak merokok dan lelaki.
(Disclaimer: Amaun ini hanya rujukan, mungkin berbeza mengikut status kesihatan, kelas pekerjaan, jantina dan status merokok. Boleh rujuk kepada ejen Prudential BSN Takaful anda untuk lebih pemahaman)
- Hibah RM250,000
- Hibah RM300,000
- Hibah RM400,000
- Hibah RM500,000
- Hibah RM600,000
- Hibah RM750,000
- Hibah RM1,000,000 (1 Juta)
Maklumat lain anda boleh fahami tentang hibah:
- Hibah Concept Paper oleh BNM (Bank Negara Malaysia)
- Amalan Hibah Elak Perebutan Harta oleh Berita Harian
- Pengertian Hibah oleh Pengertian Pakar
- Pelaksanaan Hibah dalam Konteks Operasi Takaful
- HIBAH oleh Amanah Saham Nasional Berhad
Adib Yazid
assalamualaikum
saya ingin bertanya ibu saya ade sebuah rumah dan masih berhutang dgn bank, boleh ke ibu saya ingin membuat hibah keatas rumah tersebut?
LikeLike
Waalaikumsalam Cik Puan Diana.
Hibah boleh dibuat untuk harta yang sepenuhnya milik kita. Rumah yang masih ada hutang belum tidak diselesaikan, tidak boleh dihibahkan.
LikeLike
Salam,
Mcm mana jika penerima hibah meninggal,dan peserta tak sempat nak tukar nama dan dia pun meninggal..hibah tu pergi ke siapa?
LikeLike
Wasalam.
LikeLike
Wasalam. Situasi macam ni, penerima hibah meninggal terlebih dahulu. Situasi ini, hibah bersyarat sudah void.
Peserta takaful pula, meninggal. Kes ini sebenarnya dah tak ada penama. Jadinya, jadi harta pusaka si peserta takaful.
LikeLike