Assalamualaikum dan selamat pagi.
Alhamdulillah masih sempat saya menambah nilai pada blog ini.
Ini adalah beberapa senarai tambahan atau alasan-alasan yang kerap ditanya ketika proses merekrut ejen-ejen insuran / takaful.
(Sumber: ALP AUM Plus Batch Dua Tahun 2016)
“Tak minat.”
- Kalau saya bagi peluang buat RM50,000 tahun depan, minat tak?
- Kalau saya bagi peluang buat RM1 Juta, minat tak?
“Tak ada masa.”
- Sebab itu saya telefon, supaya kita tentukan satu masa yang ada.
- Saya tak mahu 24 Jam dalam hari anda, saya mahu luangkan masa 20 minit bersama anda.
“Saya tak pandai cakap.”
- Saya tak minta untuk anda cakap. Saya minta untuk anda dengar.
- Masa awak keluar dari perut ibu awak, adakah awak terus bercakap?
“Saya gembira dengan kerja sekarang.”
- Terbaik. Adakah Encik gembira dengan angka (pendapatan) yang Encik dapat sekarang? Atau masa bersama keluarga sekarang ini?
“Saya malu nak jumpa orang.”
- Untuk berbisnes, memang kena jumpa orang. Berniaga makanan kucing pun, kena ada orang. Apatah lagi nak jual batu nisan, pun kena ada orang.
“Dah ramai nak jumpa ‘recruit’ saya.”
- Bagus, lagi senang kerja saya. Bagi satu lagi peluang untuk saya terangkan dari perspektif lain.
“Tak berminat.”
- Saya tak terkejut kalau Encik dah minat. Orang minat sebab dia dah tahu.
“Saya tiada pengalaman berniaga.”
- Bagus. Anda ada potensi besar. Anda tak perlu masa nak ‘try and error’. Kami ada mentor dan anda hanya perlu ikut sehingga berjaya.
“Insuran susah nak jual.”
- Mana ada benda senang hari ini. Nak naik basikal masa kecil, pernah tak terjatuh?
“Dah ramai jadi ejen. Susah nak cari orang.”
- Pad wanita pun, hanya wanita je pakai boleh lagi terjual sampai sekarang. Begitu juga lampin bayi (pampers) – pasarannya kecil dari insuran. Itupun masih terjual sehingga hari ini.
Adib Yazid