Insuran / Takaful Perlindungan Luar Negara : Sila Baca Polisi Anda!

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Hari ini, masyarakat bergerak dalam keadaan globalisasi. Boleh sarapan di Malaysia, makan tengahari di Hong Kong dan makan malam di Korea Selatan!

Walaupun pergerakan kita hari ini hampir tiada had (passport itu masih perlu), perlu diingatkan bahawa insuran / takaful sedia ada terhad pada geografi tertentu. Misalnya, insuran yang diambil di Malaysia hanya melindungi perubatan di Malaysia.

Saya yakin, ramai sudah membaca kisah Mohamad Sahar, seorang rakyat Malaysia yang terlantar di London akibat strok dan kos rawatannya mencecah hampir RM250,000 (suku juta ringgit).

Baca: Terkena Strok di Negara Orang – Jadikan Kisah Ayah Saya Sebagai Pengajaran.

Sebagai ejen, saya memandang ini satu perkara yang serius. Pendapat saya, ada dua insuran perlu apabila melancong / berjalan di luar negara:

  • Insuran / takaful perubatan (kad perubatan) yang melindungi sampai luar negara.
  • Insuran / takaful perjalanan atau nama popolar ‘travel insurance’.

 

Travel Insurance 

Saya memandang enteng terhadap ‘travel insurance’, tapi mengambil satu polisi ‘travel insurance’ dimana lebih murah dan ikut jangka perjalanan. Saya berjalan ke Los Angeles selama seminggu. Lalu saya ambil satu polisi ‘travel insurance’ bernilai RM70 untuk perjalanan saya.

Dijadikan cerita, perjalanan saya itu tergendala disebabkan masalah teknikal. Penerbangan saya ditangguhkan untuk tempoh yang lama. Hampir 9 jam, menyebabkan jadual perjalanan saya di Los Angeles tergendala.

Disinilah ‘travel insurance’ berfungsi, memberi pampasan kerana kelewatan dan gangguan perjalanan. Itu bukan sahaja fungsinya, malah lebih lagi.

Secara asasnya, ia memberi perancangan risiko seperti:

  • Kematian disebabkan kemalangan / lumpuh kekal.
  • Perbelanjaan perubatan.
  • Kos membawa pulang jenazah.
  • Pengurusan jenazah di hospital.
  • Perlindungan kanak-kanak.
  • Kes melibatkan ‘evacuation’ (emergency medical evacuation)

Ada polisi, memberi perlindungan lebih dari perkara di atas termasuklah:

  • Kos rawatan susulan di Malaysia.
  • Pemberian elaun hospital.
  • Penjagaan barang dan beg-beg bagasi.
  • Kehilangan duit perbelanjaan dan dokumen-dokumen perjalanan.
  • Penangguhan perjalanan (delayed) termasuklah ‘overbooked’ dll.
  • Perjalanan ada berlaku ‘hijacked’.
  • Perjalanan mengambil masa lama dari sepatutnya (penukaran jadual atau laluan pergerakan)
  • Kehilangan kad kredit.
  • Terlebih perbelanjaan sewa kereta.
  • Pembayaran wang ugut jika berlaku penculikan.
  • Dan lain-lain.

 

Kad Perubatan ‘Cover’ Ke Luar Negara?

Ada kad perubatan tidak melindungi situasi di luar negara. Ada yang memberi perlindungan tapi terhad pada masa perjalanan. Misalnya, dalam sijil takaful Prudential BSN Takaful telah menerangkan;

 

Bantuan Perubatan Kecemasan Antarabangsa dan Bantuan Perjalanan Antarabangsa merujuk kepada perkhidmatan yang akan disediakan oleh PruBSN kepada Orang yang Dilindungi semasa melakukan perjalanan di luar Malaysia bagi tempoh tidak melebihi sembilan puluh (90) hari berturut-turut dalam mana-mana satu perjalanan. Orang yang dilindungi boleh memanggil PruBSN atas caj berbalik dari mana-mana tempat di dunia untuk mendapatkan perkhidmatan.

 

Untuk pemahaman lebih mendalam, anda boleh rujuk gambar-gambar di bawah ini:

(Saya mengambil contoh Prudential BSN Takaful)

 

(Klik gambar untuk lebih jelas)

 

Adib Yazid

Advertisement

10 Comments

  1. Yatie says:

    Ingin mengambil travel insuran

    Like

    1. Adib Yazid says:

      Boleh hubungi saya, 019 3660319

      Like

  2. Siti Isnaini Zulkifli says:

    Assalamualaikum, saya berhajat untuk membawa keluarga saya berjalan ke USA selama sepuluh hari. Saya ingin mendapatkan travel insurance untuk mereka sekiranya berlaku sebarang kecemasan, tetapi saya kurang arif mengenai hal-hal berkaitan insurance. Diharap encik sudi menerangkan dengan lebih terperinci dan membantu saya membuat pilihan yang tepat

    Like

    1. Adib Yazid says:

      Waalaikumsalam.

      Boleh hubungi saya melalui nombor saya +60193660319 atau email adibyazid8282@gmail.com

      Like

  3. Nurul says:

    Assalamualaikum. Encik ada menawarkan pakej travel insuran? saya nak ambil travel insuran dalam kadar segera.

    Like

    1. Adib Yazid says:

      Waalaikumsalam. Boleh hubungi saya melalui nombor saya 0193660319

      Like

  4. Tarmizi says:

    Assalamualaikum, saya berhajat untuk mengembara ke Thailand dengan menaiki motorsikal. Ada tak pelan insuran untuk penunggang motorsikal?

    Like

    1. Adib Yazid says:

      Salam tuan. Boleh dapatkan di sempadan nanti.

      Like

  5. Kamarul says:

    Adakah perlindungan untuk anak anak yang belajar di luar negara? Adakah secara kelompok?

    Like

    1. Adib Yazid says:

      Salam tuan. Boleh hubungi saya di 019 366 0319

      Like

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s