ENAM Tips untuk Memberi Inspirasi kepada Ejen Insuran / Takaful Gen-Y

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Saya baru membaca sebuah artikel.

Isi artikel itu memetik bahawa menjelang pada tahun 2030-an, 75% pekerja akan didominasi oleh generasi-Y. Bagi seorang ketua agensi, adalah penting untuk menarik Generasi Y kepada tim-tim anda dan memahami bagaiman untuk berinteraksi, berkomunikasi dan memberi inspirasi kepada mereka.

Generasi Y mempunyai keunikan tersendiri berbanding generasi-generasi sebelumnya. Merea telah hidup di zaman serba pantas di mana perubahan dan pergerakan sering berlaku samada sudut sosial, ekonomi dan apa sahaja. Pendapat mereka lebih bernilai daripada pendapat ibu bapa dalam soal membuat keputusan. Mereka kurang gemar, orang lain membuat keputusan bagi pihak mereka.

 

Maslow Hierarchy : Piramid Keperluan sudah tidak relevan?

Sesiapa yang belajar tentang psikologi manusia, memang akan faham tentang apa itu Maslow Hierarchy. Menurut piramid tersebut, bermula dari bawah – keperluan asas manusia perlu dipenuhkan terlebih dahulu (makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian).

Kemudian, keperluan rasa selamat, rasa cinta, rasa percaya dan keperluan mencapai sesuatu dalam masyarakat atau rasa hormat dan terakhir fasa ‘self actualisation’ dimana, bergantung pada kreativiti dan rasa spontan diri kita.

Maslow Hierarchy masih relevan untuk hari ini.

Tetapi generasi Y memerlukan keseimbangan setiap lapisan – bukan hanya pada satu keperluan sahaja. Mereka akan satu perkara di mana akan memenuhi keperluan asas mereka, rasa selamat dari ancaman pekerjaan (dibuang kerja), waktu bersama keluarga, boleh capai impian dan status sosial dan juga, kreativiti tidak terbatas oleh perkara-perkara atau undang-undang.

 

Oleh itu, enam tips disenaraikan – cara untuk memberi inspirasi kepada Generasi Y.

 

#1. Terus terang dengan jangkaan.

Ejen-ejen yang datang, anda perlulah kongsikan atau berkomunikasi tentang jangkaan anda kepada mereka, terutama dari segi penglibatan. Anda perlu jelaskan tentang ‘standard’ anda, target dan perkara-perkara perlu dicapai. Apabila memberi gambaran yang jelas, ia umpama memberi ‘sense of purpose’. Generasi ini akan rasa bernilai kepada agensi, secara tak langsung akan memberi impak kepada produktiviti agensi.

 

#2. Berilah makna mendalam dan kepentingan (value).

Generasi Y, bekerja bukan sekadar duit semata-mata. Mereka menilai apa yang mereka buat samada memberi impak yang berkesan kepada masyarakat atau tidak. Mereka mahu diperlihatkan apa yang mereka buat untuk skop lebih besar. Contoh, mendidik masyarakat tentang takaful dapat membantu masyarakat dari hutang-hutang perubatan tinggi. Oleh itu, sebagai permulaan ‘leader’ boleh mengajak rakan-rakan agensi untuk terlibat dalam aktiviti CSR (corporate social responsibility).

 

#3. Beri ruang kepada mereka untuk memberi input.

Generasi Y lebih vokal dan memberi pendapatan. Oleh itu, amat penting untuk mencipta budaya untuk lebih berterus terang. Sebagai ‘leader’ boleh cipta ruang untuk berkomunikasi  dan sentiasa mendapat info daripada agensi. Apatah lagi info perubahan dalam industri atau pembangunan yang sedang dilakukan. Ia juga boleh dilakukan melalui Whatsapp, Newsletter atau apa sahaja yang mudah diakses oleh ejen-ejen anda. Ejen juga patut digalakkan untuk membuat ‘presentation’ dan berkongsi pendapat atau aktiviti ketika perjumpaan agensi.

 

#4. Sediakan ‘platform’ atau peluang untuk dihargai.

Wujudkan budaya untuk menghargai sumbangan dan usaha mereka dan kenalpasti siapa di kalangan mereka adalah ‘high achiever’. Hargai sekecil-kecil sumbangan mereka, juga raikan kejayaan kecil-kecil mereka.

 

#5. Sediakan ruang untuk kemajuan diri dan pembangunan peribadi.

Galakkan ejen-ejen mereka supaya hadir ke latihan-latihan program yang dianjurkan oleh agensi atau usaha anda sendiri. Ini bertujuan untuk mempertajamkan pengetahuan mereka dan juga skil-skil. Ini akan membantu mereka pada masa akan datang, supaya dapat memberi servis yang baik kepada pelanggan-pelanggan mereka.

 

#6. Bersikap adil.

Walaupun anda mempunyai ejen yang ramai, bersikap adil. Bina budaya menggalakkan prestasi kerja dan galakkan mereka libatkan diri dalam aktiviti agensi.

 

 

Sumber: Majalah baca dalam klinik.

 

Adib Yazid

 

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s