Assalamualaikum dan selamat pagi.
Sebuah organisasi kebiasaannya akan dikepalai oleh seorang ketua, dan diikuti oleh pengikut-pengikutnya. Dalam dunia korporat, ada satu bos dan ada ramai pekerja.
Hari ini, konsep seorang ‘leader’ lebih penting daripada menjadi seorang ‘bos’.
Perubahan bagaimana memimpin sebuah organisasi berubah mengikut keadaan. Apa yang berlaku hari ini, setiap orang mempunyai kredibiliti menjadi seorang ‘leader’, lebih dari sikap seorang ‘follower’. Seorang ‘follower’, bertindak mengikut apa yang akan dipimpin oleh ‘leader’ mereka.
Lama kelamaan, pertumbuhan sebuah organisasi mengikut apa mesej atau arahan oleh ‘leader’ mereka. Ini lah yang telah dibincangkan oleh Leftenan David Marquet, dalam buku Turn The Ship Around! Iaitu himpunan kisah beliau memimpin kapal selam Santa Fe.
Ceritanya bermula apabila beliau melakukan dril membawa kapal ke kelajuan tinggi dengan menggunakan kuasa reaktor kapal selam. Bermula dengan kelajuan 1/4, beliau memberi arahan kepada anak kapal. Apabila kapal bergerak dengan kelajuan diingini, beliau memberi arahan menaikkan ke kelajuan 1/2. Semuanya OK.
Lalu beliau mengarahkan ke kelajuan 3/4, dimana kelajuan ini adalah kelajuan cukup laju untuk mengejar musuh. Tetapi selepas 10 minit arahan diberi, tiada apa perubahan pada kelajuan kapal. Lalu ditanya kepada anak kapal; “Apa yang sedang berlaku?”
Rupa-rupanya, kapal itu tiada kelajuan 3/4! Ditanya kenapa anak kapal tidak memberitahu kepada beliau?
“Kami hanya mengikut apa yang diarahkan.”
Dari sini, Leftenan Margaret belajar beberapa perkara:
1/ Seorang ‘leader’ perlu kompeten juga dalam aspek teknikal.
2/ Seorang ‘leader’ perlu kenalpasti, samada anda bekerja dengan seorang ‘leader’ atau seorang ‘follower’.
3/ Jika model suasana kerja anda adalah leader-follower, berhati-hati dengan arahan yang diberikan.
Saya mencadangkan kalau anda mahu pergi jauh dalam memahami konsep leader-to-leader ini, bacalah buku ini.
Adib Yazid