PRU Cash : Berbaloi atau sekadar ‘hype’?

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Ilmu kewangan ini, tak lari jauh mana. Balik-balik akan melibatkan tujuh aspek penting ini. Apa tujuh aspek tersebut?

  1. Mencipta (Creation)
  2. Mengurus (Management)
  3. Melindungi (Protection)
  4. Mengganda (Accumulation)
  5. Menyuci (Purification)
  6. Memelihara (Preservation)
  7. Mewaris (Distribution)


Saya mulakan dengan Mengurus. Salah satu proses penting adalah menyimpan. Duit yang disimpan barulah sebenarnya duit kita. Jangan salah faham konsep melabur, macam orang kata “aku simpan duit di ASB/Tabung Haji.” Itu adalah melabur sebenarnya. Ada risiko yang perlu ada tahu.

Kebiasaanya orang menyimpan, adalah di salah satu akaun. Akaun itu (kalau anda memilih selain perbankan Islam), sudah pasti akaun itu akan beri pulangan bukan? Ini apa yang saya belajar dari seorang ejen berbangsa Cina, menceritakan tentang perbezaan menyimpan di bank dan di pelan insuran simpanan (fokus semata-mata pada simpanan, bukan kad medikal atau sakit kritikal).

  • Contohnya, kalau rajin menyimpan RM250 sebulan di bank. Setahun akan jadi, RM3,000. Apabila sudah menjadi RM3,000 maka pulangan setahun adalah RM9 (0.03% dari RM3,000).
  • Dan menyimpan selama 30 tahun dengan RM250 sebulan atau RM3,000 setahun.
  • Selepas 30 tahun, wang itu akan menjadi RM90,000 dan ditambah pulangan sebanyak RM4308.

Kalau menyimpan di PRU Cash (pelan insuran simpanan);

  • Menyimpan juga RM250 sebulan atau RM3,000 setahun.
  • Tahun pertama menyimpan, tiada apa-apa pulangan akan diberi.
  • Tahun kedua masih menyimpan RM3,000 lagi (jumlah keseluruhan sudah jadi RM6,000). Tahun itu, anda akan diberi RM1,200.
  • Boleh pilih untuk disimpan (opsyen accumulate) atau dikeluarkan (opsyen payout).
  • Selepas 30 tahun, jumlah anda sudah menyimpan adalah RM90,000.
  • Jika anda memilih opsyen payout, setiap tahun menerima duit – jumlah diterima adalah RM112,000.
  • Jika anda memiloh opsyen accumulate, jumlah diterima adalah RM152,000.

Soalannya, adakah anda mahu menyimpan bodoh-bodoh di bank ataupun di sini (merujuk kepada pelan PRU Cash).
Menarik?

PS: Pelan ini pelan konvensional. Saya ‘curious’ kenapa pelan ini laku pisang goreng.

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s