Assalamualaikum dan selamat pagi.
Sebelum ini, mungkin anda tiada pengalaman berniaga. Maksud lain, tidak pernah menegur orang atas alasa segan, malu, takut dan macam-macam lagi. (Ada bisnes tidak memerlukan jumpa orang, tapi masih memerlukan orang).
Untuk menceburi industri ini, memang salah satu keupayaan yang perlu ada adalah berjumpa dengan orang. Menjadi lebih menarik, anda menawarkan insuran / takaful di mana dalam masyarakat hari ini masih ada ‘taboo’ atau rasa buang masa sembang pasal insuran / takaful. Segelintir begini yang menggertak atau menempelak ejen-ejen, apatah lagi ejen baru.
Perasaan takut dan malu menebal. Malu kalau direjek, malu kalau diherdik.
Di sini, saya kongsikan dari FB Sahimin, salah satu tips bagaimana hendak buang rasa malu.
.
Nak hilangkan rasa malu tak bertempat atau segan berjumpa orang ,saya amalkan beberapa perkara masa mula-mula jadi ejen.
1. Selalu tegur orang dalam lif. Tak kisah bangsa apa. Nepal pun kita sembang.
2. Tegur orang sebelah dekat hospital ke, klinik ke ketika tunggu giliran .
3. Pergi masjid solat jemaah/jumaat sentiasa hulurkan tangan dengan orang sebelah.
4. Libatkan diri dalam group sukan stranger. Futsal , bola, basketball etc. Kemudian start tegur, tegur sebab mintak pass bola. Lama-lama tak segan.
5. Join group makanan, bisnes,komuniti , telefon orang buat bisnes makanan. order je apa-apa, popiah ke, ayam goreng, nasi kerabu . Dah deliver , ajak sembang. Lama-lama seronok. Dapat contact makanan sedap plak tu.
6. Jual apa-apa barang yang tak diperlukan lagi (mainan anak, alat sukan, camera , kereta, rumah etc) dekat group,mudah dan sebagainya. Jumpa buyer, sembang lagi, lama-lama tak segan.
8. Ringankan mulut ucap terima kasih kepada waiter hantar air/makanan setiap masa.
9. Call customer service , tanya je info apa-apa.
Harap tips ini membantu anda membuang perasaan malu.
Adib Yazid