PRU Cash Double Reward : Menabung Gaya Malas Untuk Mengganda?

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Apabila hendak menabung untuk usia persaraan, ada beberapa faktor yang perlu fahami. Salah satunya adalah faktor kadar inflasi dan pulangan. Sudah faham, bagaimana kadar inflasi ‘mengikis’ nilai dana persaraan sudah boleh bijak merangka strategi menabung dengan mencari instrumen pelaburan yang sesuai.

Ada yang mengatakan sekadar simpan di ASB atau amanah saham yang memberi pulangan sekitar 7-15% setahun. Malah, boleh menjadi kerisauan apabila amanah saham itu bentuk ekuiti yang terdedah dengan risiko dan sentimen pasaran.

Pelaburan hartanah pula, kalau hendak bermula dengan rumah ‘apartment’ sekalipun perlu ada wang tunai yang sangat-sangat banyak. Kalau rumah RM100,000 kena ada RM10,000 paling minima. Itu bulan yuran guaman dan lain-lain.

Jadi apa instrumen lain yang boleh?

 

Insuran Endowmen : Insuran Fokus Kepada Simpanan sahaja.

Ada satu instrumen yang boleh membantu menggandakan nilai tunai. Akan tetapi jarang diketengahkan kerana ramai mengganggap ‘insuran hanyalah insuran’. Maksud lain, insuran perlu berfungsi sebagai pelindung kewangan sahaja. Jika nak melabur, pilih pelaburan yang ‘pure’, yang memang berteraskan pelaburan semata-mata.

Soalannya, adakah sanggup menerima risiko pelaburan tersebut?

Harga seunit turun dan naik. Portfolio pelaburan ada sektor sedang mengalami kerugian. Bla bla bla bla.

Kalau anda jenis begini, (sukar rasa selamat dengan nilai tunai jatuh) dan ingin mengjangkakan sesuatu dalam tempoh 20 tahun akan datang – mungkin ini untuk anda.

 

“Simpan 10 tahun, untuk hasil 20 tahun.”

Ini apa yang saya belajar dari seorang ejen Cina juga, bagaimana beliau memberi idea PCDR iaitu PRU Cash Double Reward – salah satu pelan insuran endowmen (berasaskan simpanan semata-mata).

Di sini saya sertakan contoh tiga pelan (umur 30 tahun) :

Saya mengambil contoh pelan 2.

Dalam pelan 2 ini, caruman tahunan adalah RM3558 atau lebih kurang RM296.50 sebulan.

Tahun Pertama RM3558 — selepas setahun RM510 akan diberi.

Boleh diberi secara opsyen payout (diberi keluar) atau opsyen accumulate (disimpan dan dilaburkan sekali lagi)

Andaikata saya memilih opsyen accumulate.

Ingat, anda hanya menyimpan selama 10 tahun sahaja.

Ilustrasi akan jadi begini:

  • Tahun 1 : RM3558 — RM510 diberi.
  • Tahun 2 : RM3558 — RM510 diberi.
  • Tahun 3: RM3558 — RM510 diberi.
  • Tahun 4 : RM3558 — RM510 diberi.
  • (Sama sehingga tahun ke 10)
  • Tahun 11 : Tiada Caruman Dibuat — RM1020 akan diberi.
  • Tahun 12 : Tiada Caruman Dibuat — RM1020 akan diberi.
  • Tahun 13 : Tiada Caruman Dibuat — RM1020 akan diberi.
  • (Sama sehingga tahun ke 19)
  • Tahun 20 : Tiada Caruman Dibuat — RM1020 akan diberi.

 

Selepas 20 tahun apa yang akan dapat?

  • Selama 20 tahun, hanya mencarum sebanyak RM35,578.
  • Selepas 20 tahun, iaitu selepas tempoh matang adalah RM64,403 (senario A, opsyen accumulate)
  • Bermaksud pulangan dari peratusan adalah : 81.02% 
  • Jika anda simpan RM10,000 untuk 10 tahun, akan jadi RM18,000.
  • Jika anda simpan RM100,000 untuk 10 tahun, akan jadi RM180,000.
  • Jika anda simpan RM1 juta untuk 10 tahun, akan jadi RM1.8 juta.

 

Anda boleh muat turun PDS (Product Disclosure Sheet) dan contoh – contoh pelan di atas.

 

Adib Yazid

 

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s