Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Industri insuran dan takaful Malaysia, perkembangan tidak selaju Jepun (600%) dimana setiap orang mempunyai samada 4-6 polisi. Manakala Singapura, adalah 300%, satu orang dalam satu ada dua polisi.
Malaysia, menyedihkan masih boleh dikatakan samada ‘ada’ atau ‘tiada’ polisi insuran / takaful.
Baru-baru ini, kecoh lagi mengenai kes penipuan Prudential BSN Takaful dikatakan menipu dan tidak membayar tuntutan insuran / takaful. Ianya bermula dari ‘status’ FB Mohd Azrul, setelah tuntutan beliau ditolak (decline).
Beliau juga telah menambah, dengan menunjukkan surat ‘decline’ kepada paparan umum.
Yang menariknya, isunya adalah kes ini demam berjangkit – Viral Fever. Seperti sedia maklum, banyak ejen memberi komen bahawa viral fever ini adalah kes normal dan tuntutan adalah banyak, kerana kerap berlaku di kalangan budak-budak.
Diikutkan, viral fever senang dituntut / ‘claim’, berbanding penyakit-penyakit serius.
Jadi apa sebabnya?
Ada Hero Datang
Rupa-rupanya kondisi tersebut tidaklah serius disangka. Di mana belum tahap untuk dimasukkan ke hospital lagi.
Kalau diteliti perbualan di bahagian komen En.Mohd Azrul, beliau ada mengatakan tiada ‘cucuk air’. Sah-sah, ianya belum tahap belum perlu untuk ditempatkan di hospital. Kad medikal sebenarnya untuk kes yang benar-benar serius. Mungkin pihak hospital, indikasi sudah perlu masuk ke hospital.
(Ada juga membuat tuduhan liar bahawa hospital mahu duit / keuntungan!)
“Demam biasa pun , nak masuk hospital juga?”
Testimonial Percuma Dari Viral
Nota: Saya menulis untuk tatapan akan datang.
Adib Yazid