Assalamualaikum dan selamat pagi.
Apabila anda mahu mempunyai kad medikal, sudah pasti anda mahu tahu apa yang tidak ‘cover’ atau apa yang tidak ‘cover’. Selepas itu anda mungkin ingin tahu, berapa had tahunan atau had seumur hidup. *Hari ini ada yang tiada limit.
Sudah pasti, sebagai pengguna insuran / takaful apatah lagi kad medikal terutamanya, juga ingin mengetahui bagaimana proses kemasukan ke hospital.
Proses Sebenar : Guarantee Letter
Jika anda faham atau rakan-rakan anda pernah menggunakan kad medikal, perkara yang perlu tahu adalah apakah itu Guarantee Letter.
Guarantee Letter, untuk pemahaman lebih mudah adalah surat yang mengatakan bahawa ada satu pihak lain yang akan menanggung kos-kos perubatan di hospital berkenaan. Sudah pasti pihak lain tersebut adalah pihak insuran / takaful.
Ada juga proses meminta Guarantee Letter bagi sesebuah syarikat yang sudi menanggung pekerja mereka.
Saya juga kerap ditanya bagaimana cerita tentang Guarantee Letter ini.
Pertama sekali, jika anda memang dalam kondisi perlu dimasukkan ke hospital dan anda mempunyai kad medikal, pihak hospital akan meminta / menghubungi ke pihak insuran / takaful terbabit untuk Guarantee Letter.
Dokumen penting adalah Initial Pre Authorization Letter. Di sini, anda boleh tahu bahawa insuran / takaful anda ‘decline’ (ditolak) atau boleh digunakan. Sebab-sebab ‘decline’ seperti:
- Tidak menceritakan perihal sebenar ketika memohon insuran / takaful.
- Dalam tempoh menunggu (waiting period).
- Penyakit tersebut sebenarnya boleh dirawat sebagai pesakit luar (tidak serius).
- Polisi insuran / takaful dalam keadaan ‘lapse’ – tidak kemaskini caruman / tidak berbayar.
- Kesangsian, contohnya adalah tumor dalam badan sudah setahun tapi mendiamkan diri.
- Dan macam-macam lagi contoh-contoh (case by case approach).
Jika segalanya dalam keadaan OK, tiada masalah – tuntutan di hospital tersebut akan di daftarkan dalam sistem tuntutan syarikat insuran / takaful. Nombor tuntutan akan diberi. Kebiasaanya, nombor tuntutan amat penting untuk rujukan pelanggan atau ejen tersebut jika ada berlaku tuntutan ‘pre & post hospitalization’ (rawatan sebelum dan susulan selepas kemasukan ke hospital).
Selepas menerima rawatan di hospital, pihak insuran / takaful akan mengeluarkan Requirement Letter dimana pihak insuran / takaful akan bertanya kondisi sekarang; selepas menerima rawatan.
Ia adalah langkah kedua terakhir sebelum keluar dari hospital.
Apabila semua dokumen lengkap diisi oleh pihak hospital dan diberi kepada pihak insuran / takaful, dan pihak tuntutan pengunderaitan (underwriting claim) berpuas hati dengan situasi. (Tiada spekulasi, penipuan, ketidak jujuran dan lain-lain) Maka, pihak insuran / takaful akan mengeluarkan Final Pre Authorization Letter.
Terus terang, pengalaman saya menjadi ejen perkara ini bukan menjadi masalah kalau polisi pelanggan sudah lebih dua tahun.
Menjadi masalah, apabila baru sahaja mempunyai kad medikal sudah cepat-cepat nak pakai. Pernah terjadi, baru ambil sebulan sudah tanya, “Kalau aku nak masuk hospital sekarang pakai kad ni boleh?”
Kad medikal bukan macam Panadol. Malam tadi sakit, pagi pergi jumpa ejen sign-up dan tengahari masuk hospital. Ia bukan untuk situasi begitu.
Apa-apapun, sebagai pelanggan cuba-cubalah baca dan belek polisi anda dirumah (jika ada).
Adib Yazid