Assalamualaikum dan selamat pagi.
Setiap kejayaan ada titik permulaan. Begitu juga dengan permulaan menjadi ejen insuran / takaful di mana, kerjaya ini mulanya adalah melakukan jualan.
Bagaimana mahu melakukan jualan?
Dalam blog ini saya selalu menekankan tentang The Sales Cycle dimana ada tujuh langkah utama dalam jualan. Ingat lagi langkah pertama apakah dia?
Prospecting, proses mendapatkan nama.
Projek 100
Projek 100 sudah lama diperkenalkan kepada ejen-ejen dahulu. Secara lazimnya, ia adalah aset penggempur utama untuk pertama kali menjadi ejen. Ianya juga adalah satu ujian komitmen samada ejen tersebut mahu melakukan bisnes ini dengan bersungguh-sungguh atau tidak.
Projek 100 secara ringkasnya adalah mudah. Ia adalah proses menyenaraikan 100 nama yang dianggap berpotensi menjadi pelanggan kita. Itu sahaja.
Kenapa 100 sahaja?
Apabila melakukan bisnes ini, anda perlu ingat ratio atau nisbah.
Ia adalah aspek penting dalam menentukan target jualan.
Untuk ejen baru, kebiasaannya;
- Telefon 30 orang, 10 orang akan sudi berjumpa.
- 10 sudi berjumpa, 3 akan ambil.
(Ratio ini juga bergantung pada jenis ‘market’ dan skil-skil)
Jadi untuk permulaan ini, ejen baru memerlukan nombor yang banyak. Satu lagi, kena faham tentang conversion. Jika 100 orang ini, insha Allah dalam 20 peratus yakni 20 orang akan mengambil insuran / takaful dengan anda. (Mengikut prinsip Pareto)
Empat Kebaikan Projek 100
Ada kebaikan lain kenapa perlu lakukan Projek 100 ini.
#1. Batu Asas.
Ya, projek 100 ini akan melahirkan pelanggan dimana ianya adalah batu asas penting kepada permulaan bisnes anda. Perniagaan tanpa pelanggan, tiada guna juga, bukan?
#2. Persistensi.
Jika anda yang sedang membaca ini seorang ejen baru yang tidak faham apa itu persistensi, boleh rujuk ke sini. Nombor pelanggan yang besar, mengurangkan masalah untuk anda kawal persistensi. Pelanggan yang besar memerlukan prospek yang besar. Nombor 100 adalah permulaan.
#3. Untuk ‘test market’.
Projek 100 ini, lazimnya awal-awal ejen akan menyenaraikan sesiapa yang beliau kenal. Mungkin terdiri daripada kawan-kawan, keluarga, rakan sekerja atau rakan sekolah lama. Tidak semua ejen boleh mendapatkan pelanggan melalui pasaran yang sama. Jadi, ini boleh jadi ujian pasaran yang anda mahu ‘approach’.
Hari ini, difahamkan untuk ejen baru tidak melakukan lagi Projek 100 tapi bertukar kepada Treasure 1000. Di mana, setiap ejen baru perlu menyenaraikan 1000 nama. Wow!
Adib Yazid