Assalamualaikum dan selamat pagi.
(Entri ini sesuai untuk pelanggan Prudential BSN Takaful Berhad sahaja)
Evolusi kad medikal sejak tahun 2010, secara kasarnya terlalu banyak berlaku. Lebih menarik, dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini iaitu 2014 hingga 2016, banyak sangat juga berlaku situasi di mana, keadaan ekonomi Malaysia.
GST, TPPA dan suasana dalam negara sendiri secara tak langsung menyebabkan inflasi pada perbelanjaan rakyat. Inflasi ini termasuklah perbelanjaan perubatan.
Antara soalan yang kerap ditanya sejak kebelakangan ini adalah:
- Adakah ‘coverage’ kad medikal mencukupi?
- Adakah lebih baik sekarang saya ‘upgrade’ kad medikal saya?
- Berapa perbelanjaan untuk kanser sekarang?
- Betul ker perbelanjaan perubatan tinggi?
Soalan terakhir, mereka akan kata samada perlu atau tidak:
- Upgrade kad medikal? ATAU
- Tambah kad medikal?
Upgrade atau Tambah?
Saya lebih suka pendekatan menambah satu lagi kad medikal untuk menampung risiko inflasi perubatan. Seperti saya lakukan, ketika pertama kali saya mempunyai kad medikal, hanyalah perlindungan RM62,500 setahun (RM625,000 seumur hidup).
Disebabkan saya berada dalam industri, dan faham kepentingan kad medikal disamping saya melihat bil-bil perubatan yang keluar dari hospital saya merasakan apa yang saya ada tidak mencukupi. Lalu saya menambah satu lagi kad medikal, RM100,000 setahun (RM1,000,000 seumur hidup).
Maksudnya, sekarang setahun saya mempunyai kad medikal RM162,500 setahun. (Pada firasat saya ianya mencukupi).
Tapi mengejutkan, ada kes kanser yang menunjukkan bil RM250,000!
Jika anda seorang pelanggan Prudential BSN Takaful Berhad, ini mungkin menjadi ‘guidelines’ untuk ‘upgrade’ atau tambah satu lagi kad medikal.
Ada kad medikal yang dibenarkan memegang dua kad.
Jika untuk ‘upgrade’ anda kena rujuk jadual ini.
Apa-apa pun sila rujuk kepada ejen anda dan bajet anda.
Adib Yazid