TUJUH Langkah Mapan Kewangan Islamik

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Alhamdulillah, semakin hari semakin celik kewangan. (Walaupun peratus yang mengabaikannya tinggi). Berita-berita mengenai muflis, meminta bantuan sebab kekurangan kewangan, bercerai sebab kewangan dan macam-macam lagi seringkali menghiasi dada akhbar.

Berita begini seolah-olah tiada penghujung!

Apabila bicara soal kewangan, ada mengatakan ianya terlalu kompleks untuk difahami. Terlalu banyak nombor, terlalu banyak prinsip dan kena banyak membaca. Suka diingatkan untuk mengubah sesuatu perlukan ilmu. Untuk menambahbaik nilai sesuati juga perlukan ilmu.

Begitu juga ilmu kewangan.

Ilmu kewangan hari ini, walaupun tidak diajar di silibus pembelajaran secara formal, ia adalah tajuk yang wajib dihadam oleh setiap orang yang menggunakan duit.

 

Pengurusan Kewangan Islamik

ADIB YAZID Wealth of Seven.JPG

 

Di pasaran buku, banyak buku membicarakan tentang pengurusan kewangan moden. Sebenarnya, buku kewangan moden lebih ke arah kebaratan dan konvensional. Terbaiknya, hari ini banyak buku telah dihasilkan oleh ikon-ikon kewangan belia di mana pengurusan kewangan di Malaysia telah disuntik elemen-elemen syariah dan sesuai untuk Muslim.

Dahulunya, perancang kewangan bertauliah hanya terdedah kepada CFP (Certified Financial Planner) atau RFP (Registered Financial Planner), dimana-mana keduanya dibawah SC (Security Commisioner) dan BNM (Bank Negara Malaysia). Hari ini, wujudnya IFP (Islamic Financial Planner) untuk perancang kewangan memantapkan ilmu pengurusan kewangan Islamik. IFP di bawah kelolaan IBFIM.

 

Apa beza antara pengurusan kewangan konvensional dan Islamik?

Pada asasnya, elemen utama adalah masih sama. Kedua-duanya akan menyentuh tentang perkara-perkara asas seperti:

  • Mencipta Kewangan.
  • Menggandakan Kewangan.
  • Melindungi Kewangan.
  • Mewariskan Kewangan.

Ada juga buku kewangan memperluaskan idea ini kepada beberapa tajuk lain dengan menambahkan unsur;

  • Mengurus Kewangan (diperkecilkan skop)
  • Memelihara Kewangan (skop lebih jelas tentang persaraan)
  • Percukaian.

Bagi pengurusan kewangan Islamik, adalah penting menyentuh tentang perkara ini.

  • Menyucikan Kewangan (menyentuh aspek zakat dan kedudukan zakat dalam percukaian)

Juga, setiap aspek-aspek kewangan memperincikan tentang unsur syariah, penyucian, dalil-dalil yang menyokong kenapa sebagai seorang Muslim perlu juga menyentuh tentang urus kewangan ini.

 

 

PS: Saya sedang berusaha menghabiskan pembelajaran saya dalam IFP (Islamic Financial Planner). Doakan saya.

 

Adib Yazid

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s