Elemen Penting dalam Sijil Takaful: Manfaat Parent Contributor & Contributor

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Mempunyai sijil takaful adalah satu perkara penting hari ini, berbanding 20 tahun lalu boleh dikira beberapa orang sahaja memilikinya. Bahkan ada yang sudah memandang sijil takaful ini, suatu kriteria penting memiliki kewangan yang mapan dan terjamin.

Mempunyai sijil takaful, satu perkara. Apa yang terkandung dalam sijil takaful (manfaat) adalah perkara lain. Ada yang mempunyai manfaat, hanya manfaat tidak menyeluruh atau hanya sekadar manfaat pampasan kematian / sakit kritikal sahaja. Ada yang kata, bahawa mempunyai manfaat kad medikal sahaja sudah mencukupi!

Ternyata itu fahaman yang salah.

 

Manfaat Contibutor / Parent Contributor

Manfaat ini adalah manfaat yang selalu dianggap tidak penting – walaupun manfaat ini adalah fungsi kecil dalam sijil takaful!

Sebagai contoh, dalam pelan sijil takaful Prudential BSN Takaful manfaat ini adalah wajib disertai atau diliputi dalam sijil takaful anda. Tanpanya, macam ada sesuatu yang ‘tak kena’.

 

Fungsi manfaat ini.

Fungsinya adalah amat jelas dan ringkas.

Jika Contributor, apabila orang yang dilindungi:

  • Lumpuh kekal atau,
  • Menghidapi salah satu penyakit kritikal (ada 36 jenis penyakit kritikal);

Sijil takaful ini akan ditanggung oleh syarikat takaful. Maksud lebih senang, kalau ada salah satu kondisi di atas, sijil takaful itu tidak perlu mencarum tapi manfaat lain akan masih dapat dinikmati.

(Ada ejen menggunakan, sijil takaful ini akan jadi ‘free’ – kenyataan ini kurang tepat)

Jika Parent Contributor, apabila penjaga (ibu / bapa) yang ambil sijil takaful untuk anak beliau:

  • Lumpuh kekal atau,
  • Menghidapi salah satu penyakit kritikal (ada 36 jenis penyakit kritikal) atau,
  • Meninggal dunia;

Sijil takaful ini akan ditanggung oleh syarikat takaful sehingga anak tersebut berumur 25 tahun. Maksud lain, apa-apa yang berlaku pada penjaga sijil takaful ini tidak perlu mencarum tapi manfaat lain akan masih dinikmati anak sehingga anak berumur 25 tahun.

Kenapa sampai 25 tahun sahaja?

Sebab, puratanya apabila mencecah usia 25 tahun sudah mampu memasuki alam pekerjaan atau mempunyai pendapatan sendiri.

Di bawah ini saya memberi contoh, tuntutan manfaat Parent Contributor.

ADIB YAZID Manfaat Parent Contributor

Biasanya, manfaat Contributor dan Parent Contributor disertakan sekali dalam satu sijil takaful.

 

Adib Yazid

 

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s