Viral : Tuntutan Boleh Di Bayar VS Tuntutan Tidak Boleh Dibayar.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Ini adalah rentetan kes viral Prudential Bsn Takaful sebelum ini.

 

 

Assalamualaikum,

Penulisan ini untuk dijadikan rujukan kepada status viral saudara Mohd Azrul bertajuk “MEDICAL INSURANCE LAHANAT”. Status di muat naik pada 15 August 2016 pd jam 3:35PM adalah fitnah dalam memburukan Prudential BSN Takaful Berhad (PBTB). Saya telah mendapatkan persetujuan dari Saudara RoZandy Noor untuk menjadikan kes kemasukkan hospital anak beliau sebagai contoh “GENUINE CLAIM”.

CLAIM BOLEH DIBAYAR (Rozandy Md Noor)
Pada 15 August 2016, beliau membawa anak beliau ke SJMC untuk mendapatkan rawatan selepas anak beliau demam dan muntah-muntah tidak berhenti. Anak beliau pernah dimasukkan ke hospital yang sama atas alasan yang sama dan mendapat “coverage” penuh dari PBTB. Tetapi malangnya untuk kemasukan kali ini, Pre Autorisation Letter (PAL) declined dari PBTB. Client menjadi panik dan hubungi saya mengutarakan rasa tidak puas hati.

Selepas siasatan saya dengan PBTB, request letter dari hospital cuma meletakkan client muntah dan perlukan rawatan “lab test”. Untuk kes ini ia jatuh sebagai “OUTPATIENT”. Untuk pengetahuan semua, tiada lagi mana-mana syarikat insuran yg cover “OUTPATIENT” macam ini. Saya menghubungi Client untuk memberi penjelasan dan minta dia jelaskan jenis rawatan yang sedang diterima oleh anak beliau. Beliau mengesahkan anak beliau telah di “DRIP” dan Doctor perlu memasukkan anak beliau ke dalam wad untuk pemantauan. Saya telah menasihatkan client untuk membayar deposit berjumlah RM 1,000 dan uruskan dahulu kemasukan kedalam wad tanpa PAL dari PBTB dan menegaskan PAL akan diluluskan.

Saya kemudiannya melawat client pada jam 8PM di Hospital dan meminta beliau berjumpa balik dengan Doctor keesokan harinya untuk permohonan PAL kali kedua dengan meletakkan rawatan terperinci yang diberikan. Alhamdullillah. PAL diluluskan keesokan harinya.

Kesimpulannya; laporan doktor yang menyeluruh adalah sangat penting untuk mendapatkan kelulusan PAL. Pihak PBTB juga akan memastikan tuntutan tabung tabaruq’ adalah untuk kes-kes yang “GENUINE” sahaja.

CLAIM TIDAK BOLEH DIBAYAR (Mohd Azrul)

Sila baca sendiri link di bawah:

https://www.facebook.com/azrulsamsudeen/posts/10208326355889569

Kesimpulan.
Mengikut penulisannya, anak beliau cuma “SUSPECT” saya ulang “SUSPECT” saya ulang sekali lagi “SUSPECT – VIRAL FEVER / INFLUENZA B” dan pengakhirannya anak beliau cuma demam biasa tanpa perlu drip atau pemantauan doktor.

Saya cuma bersimpati dengan client dan faham dengan ketidakpuasan hati beliau. Saya telah add di Facebook (tidak di approve) dan ramai lagi ejen-ejen PBTB yang PM dan cuba membantu tidak dilayan. Untuk kes beliau, beliau tidak bernasib baik kerana mendapat nasihat tidak menyeluruh dari doktor terlibat.

Kepada sesiapa yang mengenali Saudara Mohd Azrul, mohon dia menarik balik status beliau kerana ia cuma menyebarkan FITNAH terhadap PBTB dan cuba menabur pasir ke periuk nasi ramai ejen-ejen PBTB yang kebanyakkan beragama Islam. Tidak perlu saya menyentuh bab dosa. Semua sendiri tahu.

Kepada pembaca-pembaca yang bijak, saya mohon anda semua membaca dengan menyeluruh sesuatu isu sebelum “SHARE” kerana anda juga tidak mahu terbabit dalam menyebarkan “FITNAH”.

P/s : Status ini sebagai rujukan untuk ejen-ejen bila ditanya oleh client berkenaan kes Viral Mohd Azrul.

 

 

 

Kredit kepada: Mohamed Ismail bin Gulam Shariff, Unit Manager 2, Damansara Intan.

 

 

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s