Karier Ejen Insuran / Takaful : LIMA Elemen Penting Perlu Tahu

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Keperluan mencari nafkah hari ini adalah perlu, apatah lagi kalau-kalau anda seorang suami atau seorang bapa. Mencari nafkah boleh melalui aktiviti bekerja dengan orang lain atau melakukan bisnes. Ada juga, mendapatkan sumber melalui aktiviti pasif seperti membuat pelaburan-pelaburan tertentu.

Menjadi ejen insuran / takaful adalah salah satu ‘vehicle’ atau instrumen mencari sumber kewangan, selain jawatan profesionalisme seperti doktor, peguam dan jurutera, misalnya.

Hari ini juga, ada satu ‘trend’ golongan profesionalisme berhenti menjadi apa yang mereka sedang lakukan dan terlibat dalam bidang perniagaan.

Tidak terkecuali, golongan ini juga berminat menjadi ejen insuran / takaful.

Apa hebatnya karier ini?

Karier ini sebenarnya bergantung pada diri anda. Semakin anda berusaha, semakin jelas apa visi dan misi yang anda bawa serta menjadikan bisnes ini menguntungkan untuk anda.

 

Lima Elemen Perlu Tahu Dulu Sebelum Memilih Karier Ini

Industri ini biasanya akan disebut ‘sky is the limit’. Langit adalah had anda. Samada anda mahu atau tidak. Sebelum anda benar-benar serius untuk menjadi seorang ejen insuran / takaful ada baiknya anda tahu lima elemen penting ini, tanya kepada diri anda adakah anda tahu apa yang anda bakal lakukan apabila kelak menjadi ejen insuran / takaful.

 

#1. Jelas & faham apa yang perlu dilakukan oleh seorang ejen insuran / takaful.

Apa sebenarnya yang dilakukan oleh ejen insuran / takaful? Ada yang kata semata-mata melakukan jualan. Jual, jual, jual dan jual sampai ke tak sudah. Konsep itu adalah salah. Sebenarnya seorang ejen sudah pasti dinilaikan berapa ‘case submission’ yang dibawa ke syarikat, tapi itu bukan penilaian utama.

Seorang ejen yang bagus dinilaikan melalui The Vital Behaviour, dimana ejen perlu melakukan aktiviti ‘prospecting’ (aktiviti mencari dan menggali nama), aktiviti menelefon bakal-bakal prospek (phone call), aktiviti melalukan ‘presentation’.

Dimana proses ‘case submission’?

Samada prospek ambil atau tidak, itu bukanlah kerja ejen. Itu adalah kerja Allah SWT. Perkara itu tidak boleh kawal. Apa yang boleh kawal adalah proses dari diri seorang ejen.

 

#2. Industri insuran / takaful nyawa itu sendiri.

Apabila anda menjadi ejen nanti, anda adalah sebahagian dalam industri ini.

Industri ini terdiri daripada ‘player’ tertentu. Syarikat pengendali insuran / takaful, BANCA (bank insuran), Bank Negara Malaysia sebagai ‘pengawas’ industri dimana akan memastikan keseluruhan organisasi patuh pada undang-undang. MII atau Malaysia Insurance Institute sebagai organisasi mengendalikan urusan profesionalisme (peperiksaan dan kelayakan). Malaysia Takaful Association bertindak seperti MII tapi lebih kepada takaful dan anda sendiri, sebagai ejen.

 

#3. Syarikat, agensi dan diri anda sendiri.

Sudah pasti ini juga memainkan peranan yang penting. Apabila anda memilih syarikat, anda kena tahu apa ‘key product’ yang mereka sedang tawarkan kepada pasaran hari ini. Adakalanya, masyarakat memilih suatu produk kerana jenamanya. Ada juga memilih kerana pengalaman melakukan tuntutan. Apa-apa pun, stabiliti syarikat juga memainkan peranan penting.

Agensi pula adalah ‘platform’ untuk anda berkembang atau tempat belajar. Pilih agensi yang berpengalaman dan mempunyai latar belakang lebih kurang sama dengan anda. Jika tidak pun, keserasian untuk berkomunikasi juga memainkan peranan penting.

Kesemuanya masih di tangan anda untuk memilih.

 

#4. Situasi pasaran dan keperluan insuran / takaful pada hari ini.

Mengenai pasaran takaful / insuran, sebenarnya bukan menjadi satu isu walaupun dikhabarkan hari ini ejen insuran / takaful sudah ramai. Kapasiti bilangan ejen ini masih belum mampu dapat menampung atau mendidik masyarakat tentang kepentingan insuran / takaful.

Mengambil contoh, di Jepun penetrasi pasaran adalah 600% di mana setiap rakyat Jepun purata mempunyai enam polisi sepanjang hidupnya. Di Hong Kong, pulau yang padat itu adalah tiga polisi setiap orang.

Paling dekat, adalah Singapura di mana setiap orang purata mempunyai dua polisi.

Malaysia? Masih rendah. 49% sahaja keseluruhan rakyat mempunyai perlindungan. Kalau anda tanya rakyat Malaysia, mungkin ada, mungkin tiada. Ini adalah peluang besar untuk anda.

 

#5. Fahami kenapa anda boleh melakukan bisnes ini.

Industri ini menawarkan banyak perkara. Anda boleh baca blog ini, pelbagai insentif apabila berada dalam industri ini. Dari segi keuntungan komisyen, bonus-bonus tahunan, RGB (Retirement Gratuity Benefit) atau dana persaraan, percutian luar negara apabila capai sesuatu, peluang karier dan pembinaan agensi dan peluang ubah diri anda menjadi lebih baik kepada sangat baik.

Tetapi semua itu tidak bermakna kalau kita tiada misi yang jelas kenapa kita mahu lakukan sesuatu.

 

 

Semoga anda memilih yang terbaik dalam kehidupan anda.

Adib Yazid.

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s