Assalamualaikum dan selamat pagi.
Ada pelbagai cara ejen hari ini, buat ‘extra-ordinary’ lebih daripada orang lain.
Misalnya;
- Beri kek setiap kali hari lahir pelanggan.
- Beri bunga apabila pelanggan masuk ke hospital.
- Lawat pelanggan, apabila kelahiran anak.
- Dan macam-macam lagi.
Ada satu perkara saya buat apabila memulakan karier ejen insuran / takaful saya, dan masih lakukan hari ini.
Meletakkan nama di kad medikal pelanggan.
Tujuan utama saya meletakkan kad medikal pada setiap pelanggan saya, adalah apabila ada urusan hospital, jika ada kesulitan pihak hospital boleh rujuk kepada saya. Ataupun, jika pelanggan saya tidak memberitahu kepada ahli keluarga lain bahawa beliau telah mengambil insuran / takaful – mereka ada nombor telefon saya, jika ada sebarang kejadian tidak diingini berlaku!
Kepada ejen-ejen baru, boleh praktiskan cara ini.
(Pernah juga ada orang telefon bahawa pelanggan saya tercicir dompet beliau di dalam LRT. Nasib baik ada nombor untuk dihubungi.)
Adib Yazid