Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Soal bab pengurusan kewangan peribadi, banyak cabang perlu dikuasai. Sudah pasti, sekitar tahun 1990-an hingga 2010, banyak soal bagaimana mahu uruskan kewangan melalui pelaburan.
Lama kelamaan, ilmu urus kewangan sendiri menjadi skop meluas dan mudah difahami serta dicerna oleh pemikiran generasi baru, dimana dasar terbuka menerima idea baru apatah lagi jika idea itu membantu kehidupan mereka.
Isu Harta Pusaka : Perkara Yang Perlu Ambil Peduli
Barangkali anda mungkin sudah dengar bahawa terdapat banyak harta pusaka ‘beku’; tidak boleh diwarisi, tidak boleh dicairkan, tidak dituntut hak. Ini semua kerana sikap ambil tidak peduli, “Alah, nanti aku dah mati pandai-pandai anak aku urus.”
Walhal, ia adalah cabang ilmu yang sangat penting.
Ini adalah contoh kes salah satu mangsa nahas MH17. Menurut artikel ini:
- Segala harta dibekukan dan dipelihara di bawah Amanah Raya Berhad.
- Mahkamah memerintahkan balu dan adik-beradiknya dimasukkan dalam akaun amanah serta merta.
- Mahkamah memerintahkan segala hutang piutang diselesaikan terlebih dahulu.
- Apabila selesai isu hutang, barulah harta-harta pusaka boleh dialih.
Maksudnya di sini, segala proses-proses ini sebenarnya mengambil masa untuk segala urusan selesai.
Apakah solusi untuk isu ini?
Adib Yazid
1 Comment