Definisi
- Harta pusaka juga dikenali sebagai al-tarikah.
- Dari segi bahasa, bermaksud segala apa yang ditinggalkan oleh si mati.
- Dari segi istilah, (jumhur) segala sesuatu yang ditinggalkan oleh si mati termasuk harta benda, hak-hak kebendaan & hak-hak yang mempunyai unsur kebendaan ke hak-hak persendirian.
Matlamat Mempelajari Ilmu Faraid
- Mengenalpasti sesuatu harta itu harta pusaka atau tidak.
- Mengetahui siapa yang berhak dan siapa yang tak berhak ke atas harta pusaka.
- Mengenalpasti bahagian atau saham setiap waris yang berhak.
- Mengetahui tatacara pembahagian & kaedah pengiraan bagi mengenalpasti habuan setiap waris.
Faedah Mempelajari Ilmu Faraid
- Menjamin kelansungan ilmu faraid dan menyelesaikan fardu kifayah.
- Dapaat menghindarkan diri dari memakan harta secara batil.
- Mengelak perselisihan faham dan pertelingkahan di kalangan waris.
- Melahirkan kesedaran kepada waris supaya menyelesaikan pembahagian harta pusaka dengan kadar segera.
- Dapat melahirkan sikap prihatin di kalangan waris dalam pengurusan harta pusaka.
Tanggungan / Hak Harta Pusaka
- Pengurusan jenazah – segala urusan jenazah dari harta pusaka si mati.
- Pelunasa hutang piutang – sama ada hutang kepada Allah atau manusia.
- Harta sepencarian – suami dan isteri.
- Pelaksanaan wasita – hanya satu pertiga (1/3) harta pusaka dan bukan kepada waris yang berhak dapat pusaka.
- Pembahagian harta pusaka kepada waris-waris.
Sebab Pusaka Mempusakai
- Keturunan / kerabat / nasab – hubungan si mati dan waris melalui hubungan kelahiran atau hubungan darah.
- Perkahwinan – akad perkahwinan yang sah di sisi syarak antara lelaki dan perempuan.
- Wala’ – pembebasan hamba menyebabkan bekas tuan kepada hamba mewarisi harta pusaka bekas hambanya.
- Agama Islam / Baitulmal – jika si mati tak berwaris atau harta pusaka tak dihabiskan oleh waris-waris.
- Kematian waris
- Kewujudan waris – waris hidup walaupun seketika ketika kematian pewaris sama ada secara hakiki / taqdiri.
- Mengetahui status dan habuan waris serta tiada halangan pewarisan.
Halangan Penerimaan Pusaka
- Pembunuhan
- Perhambaan
- Perbezaan Agama
- Halangan lain; anak zina dan anak li’an – hanya sebelah bapanya dan waris-waris sebelah bapa sahaja. Murtad. Perceraian secara talak ba’in (halangan kepada suami isteri sahaja)
Kesan Kelewatan Pembahagian Pusaka
- Memakan dan menguasai harta pusaka secara tak betul.
- Hutang tak dijelaskan dan wasiat tak disempurnakan.
- Bilangan waris semakin bertambah.
- Kemungkinan berlaku perbalahan.
- Harta tak diurus dan terbiar.
- Urus niaga tanah tak dapat dijalankan.
Tanggungjawab Waris terhadap Harta Pusaka Selepas Kematian
- Menyegerakan pembahagian.
- Menguruskan pembahagian.
- Urus : Kenalpasti waris-waris yang berhak.
- Urus : Kenalpasti kadar dan bahagian waris-waris.
- Urus : Mengadakan perbincangan / mesyuarat di kalangan waris-waris.
Perkara Yang Perlu Diketahui oleh Semua Waris dan Tindakan Yang Perlu Diambil sebelum Pembahagian
- Kenalpasti semua harta si mati.
- Perbelanjaan pengurusan jenazah.
- Membayar hutang si mati.
- Melaksanakan wasiat si mati.
- Melantik pentadbir.
- Memberi kebenaran menduduki, mengguna, memakan hasil.
Sumber: FB