Tidak Suka Dengan Sijil Takaful dan Polisi Insuran Anda? Pulangkan cepat!

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Bicara tentang polisi insuran dan sijil takaful kadangkala menjadi taboo dalam sesetengah tempat.

Menipu, tertipu, buang masa, tak ada faedah, mencekik, mulut manis dan macam-macam lagi. 

Hari ini saya ingin memberitahu tentang tempoh 15 hari, iaitu tempoh ‘free look period’. Ianya lebih kurang tempoh macam ‘window shopping’. Nak beli kereta, kita ‘test drive’ dulu kan? 

Insuran dan takaful juga begitu.


(Rujuk konten selepasa ayat ‘bantahan kepada sijil takaful’)

Begini;

  • Anda berminat nak tahu pasal insuran / takaful. Anda meminta ejen berjumpa dengan anda.
  • Ejen pun ‘bersilat’ di depan anda, memperihalkan setiap manfaat yang ada.
  • Anda rasa ianya bagus. Lalu buat keputusan ambil pelan tersebut.
  • Pembayaran pertama anda menggunakan tunai dan kad kredit untuk bulan seterusnya.
  • Anda pulang, sambil golek-golek atas katil rasa pelan di ambil tidak memenuhi keperluan pula.
  • Sijil / polisi siap dan ditunjukkan oleh ejen.
  • Anda belek-belek. Anda masih dengan keputusan rasa tidak sesuai.
  • Dalam masa 15 hari dari tarikh terima sijil, anda boleh pulangkan dan terima duit yang telah diberi.

Ini adalah perenggan menerangkan bahawa sebagai pengguna ada hak untuk berbuat demikian.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s