Diari Ejen : Belajar Cara Jaga Pokok

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Human atau bahasa Melayu adalah manusia atau sumber manusia adalah salah satu makhluk Allah yang hebat.

Diberi intelektual untuk berfikir dan emosi sebagai pendorong atau pemberi motif melakukan sesuatu.

Saya pernah diberitahu oleh profesor saya ketika di University of Ulsan:

Kalau nak belajar ‘develop’ manusia, belajarlah bagaimana tanam, subur dan jaga pokok.

Kebetulan, ibu bapa mertua saya tiada di rumah untuk satu tempoh yang lama. Satu pesanan saya terima adalah “Tolong jaga pokok, ya.”

Pokok.

Kali terakhir saya ‘membelai’ pokok adalah masa tingkatan tiga. Itu pun sebab nak lulus markah Kemahiran Hidup.

Sebelum itu, belajar cara tanam pokok cili. Itu pun tidak menjadi!

Dijadikan cerita, saya lupa nak siram pokok. Menyebabkan pokok-pokok itu layu. (Saya tak tahu itu pokok apa) 

Pokok ini kalau dilihat macam dah tak ada harapan. Sudah tiga hari dibiarkan begitu. Malahan pokok ini terdedah direct kepada cahaya matahari. 

Terus saya menggelabah sebab saya yang ditugaskan untuk menjaga pokok-pokok tersebut. Alamat, kalau tuannya nampak pokok itu sedih pula dibuatnya.

Jadi, terus saya jirus cepat-cepat. Satu pasu saya jirus sebotol besar saiz botol mineral.


Alhamdulillah!

Pokok-pokok itu berkembang semula!

Dari kejadian ini saya sedar kenapa profesor saya suruh belajar satu mesej dari menjaga pokok.

  • Manusia memerlukan motivasi setiap hari. Begitu juga pokok, air perlu disiram setiap hari.
  • Untuk develop manusia menjadi lebih baik, perlu penjagaan rapi dan konsisten. Bukan kejap-kejap.  
  • Motivasi beri ikut kadarnya. Air kalau berlebihan diberi, boleh menyebabkan pokok itu mati. Orang pun akan lari dan jemu.


Kalau anda seorang ‘leader’ dalam sebuah agensi, anda kena faham – bukan hanya ‘fire fighting’, bila ada masalah baru nak beri motivasi.

Motivasi perlu diberi setiap waktu dalam keadaan berkala.
Adib Yazid

Advertisements

2 responses to “Diari Ejen : Belajar Cara Jaga Pokok

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s