Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Pola perubahan manusia, rata-rata adalah hampir sama (secara generalisasi). Lahir, merangkak, berdiri, berjalan dan berlari.
Fasa perubahan manusia juga begitu.
Mulanya, berada di taska. Kemudian masuk sekolah, masuk asrama, masuk universiti, bekerja, berkahwin serta berkeluarga. Selepas itu, fasa yang dinantikan – persaraan.
Persaraan apabila kita dengar seolah macam menarik. Tetapi kalau anda memerhatikan dengan teliti ianya adalah perkara yang menakutkan.
Saban hari saya lihat orang tua berniaga di stesen petrol menjual kerepek, warga yang saya patut panggil nenek mengusung barang berat untuk dijaja meja ke meja.
Sebenarnya saya tak sanggup melihat!
Persaraan adalah perkara yang serius. Saya juga melihat bagaimana ibu sendiri berhadapan dengan persaraan. Ianya bukan tugas mudah walaupun perkhabaran persaraan itu indah!
Selagi kita muda, sebaik-baiknya berusahalah lebih baik untuk mencari dana apabila usia persaraan kelak.
Adib Yazid