Hibah Amanah di ASNB

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Persoalan hibah hari ini banyak dibicarakan apatah lagi selepas perlaksanaan IFSA (Akta Kewangan Perkhidmatan Islam, 2013). Sejak daripada itu juga, ASNB atau nama panjang Amanah Saham Nasional Berhad juga memperkenalkan Hibah Amanah.

Sebelum memperkenalkan Hibah Amanah, lazimnya jika berlaku kematian kepada pemegang ASNB – waris perlulah membawa surat kuasa (Letter of Admin) atau mahkamah tinggi untuk mengeluarkan segala wang ASNB.

images

 

Hibah Amanah

Sebelum ini saya telah memperihalkan terperinci tentang jenis-jenis hibah iaitu tiga jenis; (1) Hibah Biasa, (2) Hibah Amanah dan (3) Hibah Bersyarat.

Apabila soal hibah, mesti ada pemberi hibah; penerima hibah dan barang hibah. Dalam hibah amanah ini, pemegang ASNB memberi hadiah kepada waris. Tapi sebelum diberi kepada waris, akan di-‘park’ sekejap kepada pihak ASNB.

Bermaksud di sini, ASNB dilantik oleh pemberi hibah sebagai pemegang amanah yang tugasnya mentadbirkan wang ASNB tersebut bila pemberi hibah meninggal dunia.

Ini bermakna wang ASNB tersebut bukan lagi harta pusaka, jadi tidak perlu melalui proses pembahagian pusaka (Faraid).

Untuk Pembiayaan ASB / Pinjaman ASB, tidak dibenarkan untuk dihibah melainkan sudah habis dilangsaikan. Hanya 10 penama boleh diletak. Nilai minimum mestilah 1,000 unit ke atas.

 

Kelebihan dan Kekurangan

Kelebihannya sudah pasti mempercepatkan waris mengeluarkan wang dari akaun ASNB. Cepat keluar, cepatlah selesai urusan wang ASNB. Wang yang keluar bukan harta pusaka, tidak tertakluk kepada hutang-piutang dan harta pusaka.

Kekurangannya, apabila anda sudah meletakkan penama sebagai hibah amanah, sukar untuk ditarik balik kecuali bapa / datuk  kepada anak / cucunya. Perlu fikir betul-betul sebelum mengisytiharkan hibah amanah ASNB ini.

Caj pula dikenakan untuk hibah amanah ini (caj pentadbiran). 1.00% untuk RM25,000 pertama dan 1.00% untuk RM225,000 seterusnya.

 

 

Adib Yazid

Advertisement

1 Comment

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s