Hibah Amanah : Perkhidmatan Amanah Raya Berhad melaksanakan Amanah dan Hibah Amanah

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Anda tahu bahawa Amanah Raya Berhad adalah salah satu syarikat pemegang amanah yang utama di Malaysia? Mereka bukan sahaja tempat ‘parking’ harta pusaka secara sementara malah memberi perkhidmatan peramanahan.

(Boleh rujuk terus ke laman web Amanah Raya Berhad)

 

Apa itu Akaun Amanah

Akaun Amanah adalah akaun yang dibuka oleh orang perseorangan atau badan korporat (penderma) bagi manfaat Benefisiari tertentu dengan melantik AmanahRaya sebagai Pemegang Amanah melalui Surat Ikatan Amanah yang dipersetujui.

Surat Ikatan Amanah

Surat Ikatan Amanah’ adalah dokumen yang mengandungi terma-terma yang telah dipersetujui dan AmanahRaya sebagai Pemegang Amanah yang berkaitan Akuan Amanah yang dibuka.

Kepentingan Akaun Amanah

  • Akaun Amanah penting bagi memastikan Benefisiari dilindungi di sisi undang-undang dan terpelihara daripada masalah yang membebankan mereka di kemudian hari.
  • Akaun Amanah juga tidak termasuk dalam harta pusaka yang diagihkan menurut Hukum Faraid (bagi yang beragama Islam) dan Akta Pembahagian 1958 (bagi yang bukan beragama Islam).
  • Penderma dapat memperuntukan sebahagian harta yang diamanahkan kepada mana-mana Benefisiari yang dikehendaki untuk tujuan tertentu mengikut kehendaknya.
  • Pembentukan Akaun Amanah adalah mengikut undang-undang dan tidak boleh dipertikaikan.
  • Melindungi Benefisiari terutamanya Benefisiari bawah umur atau orang kurang upaya atau cacat akal dengan pelantikan AmanahRaya sebagai Pemegang Amanah bagi Akaun Amanah tersebut.

 

Kelebihan Akaun Amanah AmanahRaya

1. Pengagihan harta yang cepat dan mudah

Harta amanah tidak termasuk dalam harta pusaka. Oleh yang demikian, Geran Probet atau Surat Kuasa Mentadbir tidak diperlukan untuk tujuan pelaksanaan hasrat Penderma. Harta amanah tersebut akan ditadbir mengikut terma-terma yang terkandung di dalam Suratikatan Amanah yang telah dipersetujui bersama di antara Pemegang Amanah dan Penderma.

2. Jaminan perlindungan

Akaun Amanah anda akan sentiasa terjamin dan dilindungi serta diurus tadbir dengan efektif dan profesional.

3. Pelaburan yang menguntungkan

Akaun Amanah menjamin pulangan dan keuntungan pelaburan yang tinggi. Pelaburan jangka panjang ini memberi faedah dan manfaat yang baik kepada Penderma serta Benefisiari bagi Akaun Amanah tersebut.

Jenis-jenis Akaun Amanah mengikut keperluan anda

AmanahRaya menawarkan pelbagai Akaun Amanah untuk pilihan anda:

Amanah Institusi

Mana-mana institusi, syarikat atau organisasi awam seperti kesatuan pekerja, badan kebajikan, koperasi, yayasan dan tabung persaraan boleh menubuhkan Akaun Amanah Institusi untuk manfaat Benefisiari yang dinamakan.

Amanah Safecare

Mana-mana individu boleh membuka Akaun Amanah ini untuk Benefisiari yang ditentukan sendiri oleh mereka bagi tujuan dana pendidikan, sara hidup atau seumpamanya.

Akaun Amanah Lain

1. Amanah Biasa (Normal Trust)
2. Amanah Hartanah (Property Trust)
3. Amanah Kebajikan (Charitable Trust)
4. Amanah Terus (Bare Trust)
5. Amanah Ekuiti (Equity Trust)

Hibah Amanah

Apa itu Hibah?

HIBAH ialah pemberian milik tanpa balasan oleh Penghibah secara sukarela semasa hayat atas dasar kasih sayang.

Faedah Hibah

  • Penghibah bebas menghibahkan harta yang dimiliki kepada sesiapa sahaja penerima yang dihajati.
  • Jenis harta yang boleh dihibahkan ialah rumah / hartanah yang tidak bercagar dan mempunyai surat hakmilik/geran serta wang tunai sahaja.
  • Ibubapa boleh menghibahkan harta kepada anak angkat & anak kandung.
  • Suami / isteri dapat menghibahkan harta kepada sesama mereka.
  • Harta yang dihibah terkeluar daripada pentadbiran harta pusaka.
  • Sesiapa sahaja layak menerima harta Hibah.
  • Harta yang telah dihibahkan dengan cara yang sempurna tidak boleh dituntut oleh waris-waris lain.
  • Sebagai satu alternatif atau penyelesaian bagi  pembahagian harta bagi saudara baru / mualaf.
  • Penghibah masih boleh menikmati faedah atau manfaat harta yang telah dihibahkan.
  • Pembatalan Hibah adalah dibolehkan jika melibatkan Hibah yang dibuat oleh ibu/bapa kepada anak atau datuk/nenek kepada cucu jika memenuhi syarat-syarat tertentu atau juga atas persetujuan bersama Penghibah dan Penerima Hibah

Kenapa Hibah AmanahRaya?

  • AmanahRaya mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam mengendalikan Peramanahan sejak 1921.
  • AmanahRaya merupakan syarikat milik penuh kerajaan di bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan).
  • AmanahRaya dikawalselia oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
  • Mendapat kelulusan semasa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-76.
  • Mendapat kelulusan Majlis Pengawasan Syariah AmanahRaya.
  • Diperbadankan melalui Akta tersendiri iaitu Akta Perbadanan AmanahRaya 1995.
  • AmanahRaya melaksanakan pentadbiran Hibah AmanahRaya dengan profesional.

(Rujuk di sini: AmanahRaya)

Advertisement

1 Comment

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s