Isu Percukaian : Adakah Insuran Key Man Mempunyai Hak Istimewa dalam Cukai Syarikat / Perniagaan?

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Mempunyai insuran / takaful hari ini umpama satu kewajipan yang penting dan sebagai salah satu mekanisme penting untuk melawan inflasi perubatan (hedging).

Malah, mempunyai insuran / takaful adalah cara yang baik menyusun pelan perancangan pusaka apabila ketiadaan kelak. Tapi kesemua ini adalah lebih kepada perancangan kewangan peribadi.

Bagaimana dengan insuran / takaful perniagaan atau syarikat?

 

Insuran Key Man

Insuran Key Man adalah insuran terbaik dalam pengurusan risiko perniagaan. Secara ringkasnya, Insuran Key Man adalah insuran yang dibeli oleh syarikat perniagaan hanya untuk pekerja atau eksekutif (orang penting) tertentu dalam syarikat.

Apabila orang penting dalam syarikat perniagaan itu meninggal dunia tidak disangka-sangka (contoh; ketika projek sedang berjalan atau pun urusan tawaran projek sedang dibincangkan) – pampasan akan diberi kepada syarikat berkenaan.

 

Adakah Insuran Key Man ini penting?

Sebuah organisasi syarikat amat bergantung kepada pendiri dan pekerja dalam syarikat tersebut. Ada manusia, barulah organisasi itu boleh bekerja.

Dalam sebuah organisasi kecil, contoh SME (small medium entreprise) mungkin terdiri daripada satu atau dua orang ketua dan beberapa pekerja penting. Orang-orang ini adalah amat penting untuk syarikat. Tanpa mereka, projek tidak boleh berjalan, cek bank tidak boleh ditandatangani, keputusan kewangan sukar diluluskan dan projek sedia ada mungkin juga tergendala.

Senang cerita, kalau mereka tiada, syarikat itu mungkin lumpuh!

Tujuan Insuran Key Man adalah ‘survive’ keadaan apabila orang penting syarikat tiada. Syarikat boleh menggunakan pampasan (pampasan akan diberi kepada syarikat bukan kepada waris individu) untuk perbelanjaan syarikat sehingga pengganti ditemui.

Jika keadaan syarikat terlalu teruk (efek dari kehilangan orang penting) seperti penutupan syarikat, wang pampasan dari Insuran Key Man boleh digunakan untuk membayar:

  • Hutang-hutang syarikat.
  • Pulangan modal kepada pelabur-pelabur syarikat.
  • Membayar gaji tertunggak atau pampasan pemberhentian.
  • Sewa pejabat tertunggak.
  • Perbelanjaan penutupan; alih perabot atau upah.

Insuran Key Man tiada kaitan langsung dengan anak-anak atau isteri arwah. Insuran Key Man memang bertujuan untuk melindungi keadaan syarikat itu sahaja. Jangan rasa keliru antara insuran peribadi dan insuran Key Man.

 

Berapa Amaun Diperlukan untuk Insuran Key Man?

Insuran Key Man; selagi mampu untuk nilai yang besar dan ikut dengan bajet, ambil yang itu. Pertama sekali, anda kena tahu dalam syarikat anda siapa yang paling penting.

Anda kena buat andaian, andaikata jika Mr.A dalam syarikat tiada – apa efek yang berlaku? Andaian jika Mr.B pula – efeknya mesti berbeza mengikut pangkat dan kepentingan dalam syarikat itu.

Kalau anda pergi berjumpa ejen insuran, dan anda memberitahu niat anda mahukan insuran Key Man – di luar sana ada ejen menawarkan anda produk insuran investment-linked. Produk ini bagus, tapi tidak tepat untuk tujuan ini. Malah, lebih mahal. Sebaiknya, ambil pelan memang dicipta untuk Insuran Key Man.

Dahulunya, banyak menggunakan Insuran Term dan dinamakan syarikat sebagai benefisiati. Pilih amaun yang sesuai dan besar. RM500,000 atau RM1 juta dan RM2 juta. Lebih besar lebih baik, tapi pastikan sentiasa ikut kemampuan.

 

Adakah Insuran ini dibenarkan ‘Tax Relief’?

Untuk syarikat, tidak semua insuran dibenarkan untuk ‘Tax Relief’.

Dalam Akta Percukaian tidak menerangkan perkara ini lebih terperinci tapi dalam public ruling LHDN atau ketetapan umum memperihalkan perkara ini dengan lebih terperinci.

Adib Yazid Key Man Cukai.jpg

Insuran Key Man yang menggunakan elemen (1) insuran kemalangan, (2) hayat seumur hidup, (3) endowmen dan (4) hayat sementara. Seperti saya terangkan diatas, kalau boleh ambil jenis hayat sementara atau kemalangan dimana lebih murah.

Dengan amaun yang murah, coverage lebih tinggi itu lebih baik.

Adib Yazid Key Man Cukai Pelaburan.jpg

 

Ikutkan Ketetapan Umum ini, hanya insuran Key Man jenis-jenis disebutkan dibenarkan untuk potongan daripada pendapatan kasar perniagaan. Malah, di sini lebih jelas insuran berkaitan pelaburan tidak dibenarkan untuk tujuan demikian.

Jika anda membelikan pelan insuran untuk pekerja-pekerja anda, sebenarnya itu adalah satu perkuisit, tidak semua perkuisit dibenarkan dalam percukaian. Oleh itu, anda kena rujuk Ketetapan Umum memperihalkan tentang Prekuisit.

Perkuisit Premium Insuran Nyawa Pekerja.jpg

Di sini, pembelian insuran untuk pekerja bukan tujuan seperti Key Man Insuran tidak dibenarkan dalam percukaian! Contohnya, ada sebuah syarikat mengambil pelan kad medikal untuk setiap pekerjanya dan ada ejen mengatakan boleh membuat pengurangan cukai untuk tujuan itu. Sebenarnya untuk percukaian, adalah tidak tepat.

 

Perkuisit Dibenarkan 001.jpg

Perkuisti Dibenarkan 002.jpg

Ini adalah borang yang menceritakan Perkuisit yang dibenarkan.

Segalam maklumat lebih lanjut anda boleh rujuk kepada Ketetapan Umum di laman web LHDN atau senarai Ketetapan Umum yang saya senaraikan di bawah ini.

 

Adib Yazid

 

 

 

 

 

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s