PruBSN Warisan : Alternatif Hibah Takaful

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Perancangan kewangan peribadi bukan hanya merujuk kepada berapa wang yang anda telah simpan. Apabila mahu menyusun kewangan peribadi, perlulah berfikiran secara holistik (menyeluruh) di mana menyentuh semua aspek seperti pelaburan, perlindungan risiko, penyucian (zakat), perancangan dan pewarisan pusaka (estate).

Sebelum ini Prudential BSN Takaful telah mengeluarkan beberapa produk untuk tujuan tertentu;

  • PruBSN Link Series – termasuk kad medikal penuh viral Health Enrich, pilihan untuk kepelbagaian perlindungan dalam satu pelan.
  • PruBSN Protect – perlindungan pampasan kematian dan mempunyai terma tahun contoh 10 tahun sahaja.
  • PruBSN Ummahlink – lebih memfokuskan kepada penyimpanan wang dengan tujuan haji dan risiko.
  • PruBSN Platinium – sesuai kepada individu yang strategik dalam pelaburan dengan tujuan penggandaan kewangan.

Dalam beberapa bulan ini, (sebenarnya sudah lama) ada beberapa ejen memainkan isu Takaful Hibah dimana mempunyai kedudukan sendiri dalam perundangan dan sangat sesuai sebagai satu instrumen dalam harta pusaka.

Manfaat Takaful sudah diketahui untuk:

  • Pelan legasi – seperti jalan terakhir melakukan amal jariah atau sedekah, mewariskan sejumlah kekayaan kepada waris, tujuan bisnes (keyman) dan membina asas kepada generasi seterusnya apabila sudah tiada.
  • Instrumen pengurusan harta pusaka; Hibah Takaful sebagai jalan untuk menyelesaikan hutang-hutang.
  • Mencipta satu lagi peluang penjanaan pendapatan melalui segmen takaful berbentuk pelaburan.

Sudah pasti dalam perlindungan Takaful, tujuannya adalah untuk melindungi diri seseorang. Dalam kewangan peribadi, seseorang itu perlu tahu apakah tanggungjawab terhadap diri beliau terhadap orang lain seperti keluarga terutamanya.

Misalnya seorang lelaki, suami dan bapa adalah orang yang penting dalam keluarga. Beliau bertanggungjawab terhadap:

  • Perbelanjaan rumah.
  • Perbelanjaan kereta.
  • Perbelanjaan runcit (makan dan minum).
  • Penyediaan dana pendidikan.
  • Penyediaan dana persaraan.
  • Pembiayaan kewangan (pinjaman peribadi, kad kredit dan lain-lain)

Isunya di sini, apa akan berlaku apabila beliau sudah tiada?

Sudah dikupaskan, di Malaysia apabila seseorang itu mati segala harta-harta akan menjadi ‘beku’ dan tidak boleh digerakkan. Proses ini sebenarnya adalah lama dan bukan boleh diselesaikan dalam tempoh 1-3 hari. Malah ada proses boleh jadi bertahun-tahun lamanya. Manakala hutang-hutang perlu diselesaikan dengan cepat.

Langkah-langkah berikut perlu dilalui sebelum harta beku tadi boleh dibahagikan.

  • Perbelanjaan pengurusan kematian seperti upah kubur, upah mandi.
  • Menyelesaikan segala hutang piutang, bertulis (bank misalnya) atau tidak.
  • Menyelesaikan segala tunggakan cukai dan zakat tertangguh.
  • Menyelesaikan tuntutan harta sepencarian oleh si isteri.
  • Menyelesaikan bab wasiat; jika dibuat oleh si mati.
  • Pembahagian harta bersih mengikut hukum Faraid.

Semua orang tahu bila dia lahir. Tidak semua orang tahu bila dia tiada.

Bagaimana dengan perbelanjaan seharian seperti perbelanjaan anak ke sekolah, rumah yang belum habis dibayar, ansuran kereta tertunggak dan hutang kad kredit masih ada baki?

“Jiwa seorang mukmin masih bergantung dengan hutangnya hingga dia melunasinya.” Hadis Riwayat Tarmizi

Jadi, Takaful bukan sahaja hanya berkisarkan kad medikal; berapa had limit tahunan dan seumur hidup atau ada elaun harian atau tidak. Ini hanya satu bahagian. Takaful dalam konteks besar adalah untuk menyelesaikan isu-isu begini di mana boleh membebankan waris jika tidak diselesaikan dengan cepat dan baik.

‘Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta” – Hadis Riwayat Al Bukhari

Oleh itu, sebagai orang Muslim perlu tahu tentang ilmu pengurusan pusaka dan terbaru, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 telah memperkenalkan konsep Hibah Bersyarat (lebih popular di sebut Hibah Takaful) iaitu penamaan dalam sijil Takaful itu sendiri.

Baca: Hibah Bersyarat – Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA) 2013, Jadual 10

Manfaat Utama PruBSN Warisan (Key Highlight)

Lazimnya PruBSN Warisan melindungi perkara paling penting dan kenapa wujudnya Takaful itu sendiri; perlindungan pampasan kematian sebagai pengurusan risiko kewangan kepada generasi yang ditinggalkan. Jadi dua aspek utama / manfaat dalam PruBSN Warisan adalah:

  • Pampasan Kematian (death benefit); pampasan minima adalah RM500,000 dan dibayar kepada penama menggunakan Hibah Bersyarat (Hibah Takaful). Bahkan, ianya boleh jadi lebih RM500,000 (bergantung pada prestasi pelaburan dalam PruBSN Warisan). Tiada had limit.
  • Pampasan Lumpuh Kekal (total permanent disability); ikut amaun pampasan kematian tetapi limit kepada RM4,000,000 seorang di Malaysia. Jika pampasan bernilai kurang RM1 Juta, akan diberi sekaligus. Jika pampasan lebih RM1 Juta; RM1 Juta pertama akan diberi dahulu dan bakinya pada ulangtahun berlakunya Lumpuh Kekal.

Apa bezanya, PruBSN Warisan berbanding dengan mengambil pampasan kematian besar melalui pelan PruBSN Link Series atau PruBSN Ummahlink?

Jawapannya;

  • Lebih mampu milik. (Konsep Sum at Risk, lebih teknikal)
  • Mempunyai Medical Underwriting dan Financial Underwriting berbeza berbanding pelan lain. (Perlindungan RM500,000 kebiasaan perlu melalui proses medical examination, tapi berlainan untuk PruBSN Warisan)
  • Mempunyai instrumen pelaburan, dimana tiga dana utama iaitu Takafulink Dana Bon, Takafulink Dana Urus dan Takafulink Dana Ekuiti (boleh lihat prospektus di laman rasmi Prudential BSN Takaful Berhad)
  • Apabila mempunyai instrumen pelaburan, sudah pasti ada jangkaan nilai tunai ketika maturiti atau ‘surrender‘.
  • Boleh memilih samada sehingga 70 tahun atau 80 tahun.
  • Boleh memilih untuk sumbangan bertempoh samada 5 tahun sahaja, 10 tahun sahaja, 20 tahun sahaja atau full term.

PruBSN Warisan, juga boleh diletakkan rider-rider (manfaat tambahan) seperti:

  • Crisis Protector; manfaat penyakit kritikal minima RM10,000 sehingga RM3 Juta. Manfaat ini diberi jika berlaku penyakit kritikal dalam tempoh perlindungan dan tidak akan memberi efek kepada jumlah pampasan kematian.
  • Accidental Protector; manfaat tambahan akibat kemalangan. Boleh dirangka sehingga 5 kali ganda daripada nilai pampasan kematian.
  • Contributor; manfaat penting iaitu jika orang dilindungi menghidapi penyakit kritikal, pelan ini akan berterusan sehingga maturiti atau meninggal dunia.

Disebabkan pelan ini mempunyai nilai tunai pada masa akan datang (tidak dijamin, bergantung pada prestasi), pemunya sijil ini boleh melakukan partial withdrawal iaitu mengeluarkan sebahagian nilai tunai. Hanya dibenarkan selepas setahun mencarum.

Tapi, efeknya manfaat pampasan boleh berkurangan.

Sebagai contoh:

Kes Nilai Tunai lebih tinggi daripada Nilai Pampasan

  • Nilai pampasan kematian : RM1,000,000
  • Nilai tunai sebelum partial withdrawal : RM1,500,000
  • Nilai partial withdrawal yang diperlukan : RM500,000
  • Nilai tunai selepas partial withdrawal : RM500,000
  • Nilai pampasan kematian yang baru : RM1,000,000

Kes Nilai Tunai lebih rendah daripada Nilai Pampasan

  • Nilai pampasan kematian : RM1,000,000
  • Nilai tunai sebelum partial withdrawal : RM500,000
  • Nilai partial withdrawal yang diperlukan : RM300,000
  • Nilai tunai selepas partial withdrawal : RM200,000
  • Nilai pampasan pampasan kematian yang baru : RM700,000

 

Jadi, anda tak boleh mengganggap PruBSN Warisan sebagai instrumen pelaburan yang tulen walaupun ada nilai tunai di dalamnya.

PruBSN Warisan boleh dianggap sebagai salah satu instrumen perlindungan yang besar dan mampu dimiliki serta dimudahkan cara (nilai pampasan satu juta bawah umur 50 tahun masih tidak memerlukan medical examination)

Oleh itu, PruBSN adalah salah satu cara yang baik dalam soal pengurusan harta pusaka di mana apabila ketua keluarga tiada, keluarga akan dapat akses dana yang cepat selepas ketiadaan dengan menggunakan konsep penama Hibah Bersyarat (Hibah Takaful).

 

(Maklumat mengenai Hibah Bersyarat / Hibah Takaful boleh rujuk di sini: Hibah Bersyarat)

Pertanyaan lanjut mengenai PruBSN Warisan boleh hubungi samada email; adibyazid8282@gmail.com atau Whatsapp; o19-366o319.

 

Adib Yazid

 

 

Advertisements

One response to “PruBSN Warisan : Alternatif Hibah Takaful

  1. Pingback: PRUBSN WARISAN: ALTERNATIF HIBAH TAKAFUL – T A K A F U L 4 L i F E·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s