Disclaimer: Ini adalah contoh pengiraan untuk tujuan memahami konsep under insured dan over insured secara mudah. Ini bukan pengiraan mutlak. Formula ini tidak menyeluruh menyentuh risiko individu. Ia hanya kiraan ringkas untuk menilai pampasan kematian itu mencukupi atau tidak.
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Insuran / takaful adalah instrumen ‘leverage’ pengurusan risiko yang baik.
Seperti anda sedia maklum bahawa kehidupan manusia adalah penuh dengan risiko. Contoh risiko paling utama adalah kematian, risiko terkena penyakit kritikal atau risiko kemalangan. Kesemua risiko dipulihkan dengan rawatan (kecuali mati dan hilang anggota). Sudah pasti, kos pemulihan memerlukan kos. Inilah risiko yang perlu dititik-beratkan.
Under Insured dan Over Insured
Atas dasar pengurusan risiko ini, hari ini masyarakat sedar kepentingan mempunyai sekurang-kurangnya satu polisi insuran atau sijil takaful. Malah ada individu juga mempunyai lebih dari satu; dua atau lima. Ini yang berlaku di negara maju seperti Jepun. Rakyat di sana dikhabarkan mempunyai tujuh polisi insuran!
Persoalannya, adakah mencukupi atau lebih dari cukup?
Konsep memahami under / over insured adalah seperti berikut:
Kereta MyVi bernilai RM50,000 tidak memerlukan insuran seperti kereta Ferrari iaitu RM1,500,000. Ini adalah over insured.
Begitu juga kereta Ferrari bernilai RM1,500,000 tidak sesuai mempunyai insuran bernilai RM50,000. Ini adalah contoh under insured.
Berbalik kepada insuran nyawa / takaful keluarga. Bagaimana menentukan samada anda under-insured atau over-insured?
Pengiraan Mudah Under Insured / Over Insured
Formula pengiraan yang senang difahami (ianya merujuk kepada pampasan kematian sahaja).
( Nilai Sum Insured @ Sum Covered ) / (Jumlah Nilai Komitmen atau Hutang + (Pekali* X Perbelanjaan Bulanan)
Untuk memahami setiap satu, begini:
- Nilai Sum Insured / Sum Covered boleh rujuk dalam polisi insuran / sijil takaful.
- Jumlah nilai komitmen atau hutang ini merujuk kepada jumlah hutang yang ada. Misalnya, bulanan ansuran kereta adalah RM600 tetapi baki hutang adalah RM40,000. Nilai RM 40,000 ini dimasukkan ke dalam formula di atas.
- Hutang pinjaman / pembiayaan rumah mungkin mempunyai MRTT/MRTA. Terpulang kepada anda mahu masukkan atau tidak (kalau masukkan, sudah pasti jumlah hutang anda besar)
- Hutang lain seperti kad kredit, hutang orang lain atau hutang pinjaman / pembiayaan peribadi.
- Perbelanjaan Bulanan merujuk kepada purata perbelanjaan anda sebulan seperti pembayaran utiliti (air, elektrik dan IWK) serta perbelanjaan dapur.
- Pekali adalah berapa tahun anda mahu ‘lindungi’ andaikata anda tiada satu nanti, demi keluarga yang bakal ditinggalkan.
- Minima pekali adalah 12 iaitu setahun.
- Terbaik adalah 120 iaitu 120 bulan, melindungi keluarga anda selama 10 tahun. (Saya lebih suka menggunakan pekali 132 bulan iaitu 11 tahun)
- Selepas masukkan nilai, kira.
- Jika nisbah kurang daripada 1 bermaksud anda under-insured.
- Jika nisbah lebih 2, boleh katakan over-insured. Tapi merujuk pekali yang berapa anda gunakan.
Sudah kira, samada anda under-insured atau over insured?
Jika belum, selamat mengira!
Adib Yazid