Enam PRINSIP Urus Hutang Secara Efisien

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hutang adalah salah satu perkara yang telah dijelaskan dalam Al-Quran dalam sebuah ayat yang panjang dalam surah Al-Baqarah. Bukan itu sahaja, malah dalam hadis Nabi Muhammad SAW juga menyebut tentang perkaitan kematian dan hutang.

Maksudnya, hutang perlulah diselesaikan dengan cepat!

Hari ini, sukar untuk lihat manusia tanpa hutang (tapi tak mustahil, ada orang hidup tanpa hutang). Nak beli kereta, perlu berhutang. Nak beli rumah, bertambah hutang. Lagi kalut, kalau sampai ke pinjaman peribadi atau kad kredit.

Adib Yazid Urus Hutang

 

Persoalannya di sini, apakah cara untuk menyelesaikan hutang dengan bijak?

Ada tiga cara yang berkesan untuk menyelesaikan hutang, iaitu;

  1. Debt Consolidation.
  2. Debt Snowball.
  3. Debt Avalanche / Stacking. 
  4. (ada menambah teknik Debt Snowflakes)

(Boleh rujuk bacaan di sini: Best Way to Pay Off Debt)

Tiga-tiga cara terbukti untuk menyelesaikan hutang.

Sebelum anda gunakan teknik-teknik di atas, ada beberapa prinsip anda perlu pegang terlebih dahulu.

 

#1. Prinsip 1 : Hentikan Membuat Hutang Baru

Ini prinsip paling asas apabila anda hendak menghapus / menyelesaikan hutang-piutang. Hutang baru senang dibuat apabila anda mempunyai kad kredit. Jika anda tidak boleh kawal – hapuskan atau tak pakai langsung kad kredit.

Segala pembelian perlu dilaksanakan dengan tunai. Jangan guna alasan perlu ada kad kredit untuk kecemasan atau nak ‘collect point’. Kalau alasan nak ‘collect poin’, anda kena bayar hutang kad kredit setiap hujung bulan.

 

#2. Prinsip 2 : Senaraikan kesemua hutang yang ada. Korek!

Selepas anda berjaya tidak membuat hutang baru, ambil satu kertas A4 dan senaraikan kesemua hutang-piutang yang ada. Apa yang penting di sini, tulis perkara hutang tersebut (hutang kereta, peribadi, rumah). Kemudian, tulis jumlah amaun dan tulis peratus ‘bunga’ atau ‘interest’.

Maklumat lain diperlukan adalah berapa ansuran bulanan, tempoh bayaran balik (setahun, lima tahun?) Ada cagaran atau tidak? Ada disertakan perlindungan atau tidak.

 

#3. Prinsip 3 : Duit lebihan untuk membayar hutang, bukan untuk ‘reward diri sendiri’ atau ‘enjoy’.

Lebihan boleh didapati jika anda mula berjimat dalam perbelanjaan. Jika tidak pun, secara tidak sengaja syarikat anda memberi bonus tahunan atau seseorang memberi wang kepada anda.

Sebaiknya, lebihan ini digunapakai untuk membayar hutang daripada disimpan. Simpanan tetap (fixed deposit) itu bagus, tapi lebih bagus membayar hutang yang mempunyai peratus ‘interest’ yang tinggi.

 

#4. Prinsip 4 : Gabungkan kesemua teknik di atas.

Teknik Consolidation, Avalanche dan Snowball boleh dipakai secara serentak dan mengikut kesesuaian. Ini memerlukan kreativiti melihat dari sudut penjimatan dan psikologi manusia itu sendiri.

Sebagai contoh, Teknik Consolidation dipakai seperti membuat Refinancing rumah sedia ada untuk menutup hutang-hutang jahat. Jika tidak pun, kalau ada hutang kad kredit – cari maklumat berkaitan yang mengurangkan ‘interest’. Lihat, fasiliti pemindahan baki (credit transfer) dengan caj dan ‘interest’ lebih rendah.

Avalanche atau Snowball? Mana satu dahulu. Terpulang, samada anda mahukan dalam ‘phycology win’ atau ‘financial win’.

 

#5. Prinsip 5 : Apabila selesai satu hutang, guna baki selesaikan hutang seterusnya.

Ya, jangan lebihan itu dijoli atau buat hutang baru (prinsip pertama dan ketiga). Lihat semula senarai hutang yang ada (prinsip kedua). Tetapkan keutamaan mengikut strategi yang sudah dipilih (prinsip keempat).

Gunakan lebihan selepas selesai hutang untuk pembayaran hutang lain.

 

#6. Prinsip 6 : Tambahkan pendapatan.

Untuk lebih cepat menyelesaikan hutang sedia ada, gunakan prinsip ini; tambah pendapatan. Lebihan wang sedia ada campur dan pendapatan tambahan maka lebih cepatlah selesai hutang.

Tak tahu macam mana nak tambah pendapatan? Ini adalah contoh-contoh yang senang dilakukan.

  1. Buat Uber/GrabCar.
  2. Jadi ejen Takaful.
  3. Jadi perunding Unit Amanah.
  4. Ambil upah jahit baju.
  5. Jadi penceramah.
  6. Jadi ejen hartanah.
  7. Jadi jurulatih ‘gym’.
  8. Jadi ‘blogger’.
  9. Buat perkhidmatan ‘catering’.
  10. Memberi perkhidmatan fotografi.
  11. Memberi perkhidmatan tuisyen.
  12. Memberi perkhidmatan solekan / kecantikan.
  13. Membaiki gajet / komputer.
  14. Menjual cenderahati / hadiah.
  15. Membuat khidmat ‘web design’.
  16. Memberi khidmat memasak.

Ada lagi senarai untuk ditambah?

 

Sudah pasti menyelesaikan hutang adalah wajib.

Sebagai seorang Muslim, perlulah menyelesaikan hutang sebelum ajal tiba. Jangan ambil enteng pada hutang.

Selamat menyelesaikan hutang!

 

(Kebanyakan isi nota dirujuk kepada Ahmad Humaizi Consultancy)

 

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s