Assalamualaikum dan selamat pagi.
Tuntutan atau ‘claim’ adalah salah satu elemen penting dalam insuran ataupun takaful. Itu lah tujuan utama kenapa tuntutan adalah ‘indikator’ polisi / sijil anda adalah bagus.
The best policy is when claim happens, they honored.
Anonymus
Sudah pasti perlu ada kriteria tertentu untuk menjadikan tuntutan adalah ‘genuine’ atau tulen. Masakan kalau tiada kriteria, tuntutan palsu boleh banyak berlaku lalu menyebabkan claim ratio tinggi.
Ini boleh memberi implikasi kepada caruman bulanan atau jumlah tabarru bagi peserta takaful.
Resit Rasmi : Kriteria Penting
Salah satu kriteria penting adalah resit rasmi. Ini bergantung pada claim yang berkonsepkan reimbursement. Ayat mudah, you pay first then file and claim.
Contoh tuntutan dibawah jenis tuntutan ini adalah:
- AMR : Accident Medical Reimbursement.
- Kad Medikal (jika tidak menggunakan panel atau guna hospital awam)
- Pre & Post Hospitalization.
- Dan lain-lain (rujuk polisi/sijil)
Saya, juga mengalami isu di mana tuntutan ditolak atas dasar resit itu tidak rasmi kerana mempunyai tulisan kecil ‘customer copy’. (Mantaat yang mahu dituntut adalah AMR)
Sudah pasti, tuntutan sebegini boleh ditolak.
Perasaan tuntutan di-tolak adalah perasaan yang tidak ‘best’. Sebenarnya untuk isu ini, resit rasmi tidak dapat dikeluarkan atas sebab masalah teknikal menyebabkan pihak hospital mengeluarkan resit ringkas sebagai bukti pembayaran dilakukan.
Masalahnya, tertulis ayat ‘customer copy’ dan bukan ‘original receipt’.
Alhamdulillah, selepas beberapa bulan. (Cubaan ‘appeal’ berkali-kali.) Akhirnya, tuntutan itu dilunaskan.
Apa yang telah dibuat sehingga tuntutan boleh dilakukan?
Ini sahaja.
Memo yang saya hantar.
Di sini, ada beberapa poin perlu faham:
- Jika tuntutan tak dapat diberikan pada waktunya, pasti ada isu yang perlu diselesaikan dahulu.
- Prosedur tuntutan itu ada dan perlu fahami prosedur. Ini memastikan tuntutan itu ‘genuine’.
- Ini selari dengan apa yang terkandung dalam sijil takaful / polisi. Jadi perlu baca!
- Jika tuntutan tidak diberi, cuba sekali lagi. Jika ada dokumen tambahan sertakan.
- Jika tidak faham, gunakan saluran yang betul. Ejen itu sudah pasti. Kes ini, saya rujuk kepada bahagian Customer Service dan pihak hospital untuk pengesahan.
Ada apa-apa persoalan mengenai tuntutan, atau mempunyai kesulitan dalam urusan tuntutan; boleh hubungi saya.
Saya tidak menyelesaikan. Saya hanya tunjukkan cara sepatutnya dilakukan.
Adib Yazid