Kenaikan Kos Perubatan : Adakah Kad Medikal Mencukupi Untuk Tempoh 20 tahun akan datang?

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Insuran / takaful perubatan telah mengalami peningkatan sejak tahun 2006 lagi. Hari ini sudah tahun 2016, boleh dikatakan rata-rata sudah sedar kepentingan kad medikal sebagai satu instrumen pengurusan risiko kewangan peribadi.

Dahulunya, kad medikal bukan satu kepentingan – ada syarikat bekerja menanggung kos perubatan, ada opsyen perubatan di hospital awam dan kos perbelanjaan di hospital masih dalam lingkungan mampu dibayar sendiri.

Adib Yazid Kos Medikal Mahal.JPG

 

Minggu ini, laporan mengatakan bahawa kos pelan perubatan di Malaysia naik sehingga 17.3 peratus. Lebih tinggi berbanding kadar inflasi di Malaysia dalam sekitar 3-4 peratus.

Persoalan adakah kad medikal mencukup atau tidak, sebenarnya saya sudah fikirkan sejak tahun 2014 lagi (ketika itu tahun kedua sebagai ejen sepenuh masa).

Sebelum saya menjadi ejen, saya hanya mempunyai kad medikal perubatan yang mempunyai had tahunan RM62,500 sahaja. Ketika itu, pada fikiran logik saya ianya mencukupi. Saya mengambil kisah terdekat bapa kepada kawan saya, memerlukan lebih kurang RM40,000 untuk pembedahan berkaitan dengan jantung.

Apabila saya menjadi ejen, saya lihat bahawa apa yang saya ada belum mencukupi (kad medikal RM62,500). Kerana saya perlu memikirkan keadaan selepas itu, perbelanjaan lain-lain yang berkaitan (perubatan). Ketika itu juga saya difahamkan bahawa inflasi perubatan sekitar 5-10%.

Adib Yazid Kad Medikal Mahal.jpg

Sekarang tahun 2016, di mana pada tahun lepas 2015 di Malaysia sendiri melaksanakan GST (Good Service Tax) di mana inflasi atau kadar kenaikan pada sektor-sektor tertentu naik pada kadar yang sangat menyeramkan.

Sudah pasti, sektor perubatan mendapat tempias.

Secara tak langsung, ia akan melibatkan pemunya-pemunya kad medikal: Adakah Manfaat Kad Medikal Saya Mencukup 20 tahun akan datang?

 

 

TVM (Time Value Money) : Jangkaan Kos Perubatan Akan Datang.

Inflasi adalah pembunuh senyap. Begitu juga kadar kenaikan pada pelan perubatan.

Inflasi, secara mudahnya nak faham adalah tahun 1996, nasi lemak berharga RM0.50 sahaja. Tetapi hari ini 2016, nasi lemak berharga dalam linkungan RM1.00. Bermaksud kadar inflasi dalam sekitar 3.5%.

Adib Yazid Inflasi Nasi Lemak.jpg

Kita boleh menjangkakan perbelanjaan hari ini menggunakan kadar-kadar inflasi hari ini. Misalnya, saya pada tahun 2014 diberitahu bahawa kadar peningkatan kos perubatan dalam lingkungan 5-10%.

Saya telah membuat andaian 5% dan 10%. Saya mengambil contoh untuk kemasukan hospital disebabkan masalah ligamen lutut. Anggapan saya pada tahun 2014, paling murah memerlukan RM15,000 sahaja untuk pembedahan ligamen.

Andaian kenaikan 5% setahun, selepas 20 tahun akan datang;

Adib Yazid Inflasi Perubatan 2.jpg

Andaian kenaikan 10% setahun, selepas 20 tahun akan datang;

adib-yazid-tvm-inflasi-perubatan-1

Maksudnya, selepas 20 tahun;

  • Andaian kenaikan 5% setahun, saya perlu menyediakan hampir RM40,000 (RM39,799) untuk pembedahan ligamen.
  • Andaian kenaikan 10% setahun, saya perlu menyediakan RM100,000 untuk kos pembedahan ligamen!

Apakata, saya ikut laporan terbaru menggunakan andaikan kenaikan 17.3%;

Adib Yazid Inflasi Perubatan Terkini 2016.jpg

Di sini menunjukkan bahawa, untuk pembedahan ligamen akan datang memerlukan RM364,000 pada 20 tahun akan datang!

TVM adalah salah satu cara untuk mengetahui secara logik dan angka, nilai atau perbelanjaan akan datang mengikut peratus inflasi. Kalau mengikut kiraan TVM ini, sudah pasti kad medikal yang saya ada tidak mampu membantu saya pada 20 tahun akan datang.

Ini baru cerita pembedahan ligamen. Belum lagi kos perubatan pembedahan jantung, kanser dan buah pinggang yang memakan kos yang sangat tinggi.

Rata-rata hari ini, kad medikal dalam linkungan RM30,000 setahun, RM50,000 setahun. Paling tinggi adalah RM200,000 setahun. Ada juga syarikat insuran / takaful menawarkan sehingga unlimited coverage tetapi dimasukkan klausa-klausa tertentu.

Menjawab soalan di atas, tidak ada jaminan kad medikal akan cukup pada 20 tahun akan datang. Saya pun tidak boleh menjamin kad medikal saya mencukupi akan datang, apatah lagi nak menjamin pelanggan saya mempunyai kad medikal mencukupi.

 

Kad Medikal, Satu Tidak Mencukupi.

Bila saya mengetahui perkara ini sendiri, boleh panik sendiri.

Berbalik apa tujuan insuran / takaful ini sendiri iaitu pengurusan risiko kewangan peribadi. Setelah mengetahui perkara ini, ada risiko yang perlu saya kawal untuk tempoh akan datang; risiko kad medikal saya tidak mampu membantu saya akan datang.

Ada beberapa cadangan pernah diusulkan dan saya fikirkan:

  • Menaik taraf kad medikal. Dahulunya saya punya RM62,500 setahun / RM625,000 seumur hidup – saya ada opsyen menaikkan sehingga RM100,000 setahun / RM1,000,000 seumur hidup.
  • Menambah satu lagi kad medikal (opsyen perlindungan penuh). Saya mencari kad medikal kedua; satu lagi RM100,000 setahun / RM1,000,000 seumur hidup. Campur-campur, saya ada perlindungan sehingga RM162,500 setahun dan RM1,625,000 seumur hidup saya.
  • Menambah satu lagi kad medikal tetapi menggunakan kad medikal yang memberi opsyen deductible yang besar. Contohnya, kad medikal deductible RM60,000. Kad medikal ini berfungsi apabila RM60,000 bil dibayar oleh pihak lain (insuran / takaful lain), selebihnya baru menggunakan kad medikal ini.

Saya telah memilih opsyen menambah kad medikal satu lagi, dengan manfaat NCB (non claim bonus) – manfaat tunai jika sihat, dan disebabkan umur muda masih mampu dimiliki.

Kalau betul-betul mahu ikutkan merangka kewangan yang mapan, pada sudut perlindungan kad medikal sudah pasti ada ‘gap’ yang sangat besar untuk dipenuhi (kadar 17.3%).

Habis duit dibelanja semata-mata untuk membeli kad medikal.

Saranan saya, belanja yang terbaik untuk kesihatan anda hari ini.

Itu lebih baik.

 

Adib Yazid

 

 

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s