PruBSN Smartlink : Alternatif Lain Dana Pendidikan RM100,000 pada usia anak 20 tahun.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Kewangan peribadi adalah unik. Berbanding dengan perancangan kewangan bisnes, kewangan peribadi melibatkan banyak perkara tetapi tidak kompleks. Pengurusan kewangan peribadi sangat berkait rapat dengan apakah tujuan pengurusan tersebut.

Adakah hari ini kita merancang semata-mata untuk persaraan sahaja? Atau tujuan cukup dana pergi ke umrah / haji bagi seorang Muslim? Atau tujuan beli kereta baru atau rumah baru? Atau pendidikan anak?

Berkaitan dengan pendidikan anak – hari ini adalah boleh dikatakan generasi ‘sandwich’. Generasi di mana bebanan untuk menyara diri sendiri pada masa akan datang iaitu persaraan, membantu ibu bapa yang sedia ada tidak cukup dana persaraan atau pendidikan anak-anak pada 10-20 tahun akan datang.

Walau apa pun yang kita mahu, pastikan kita tahu kemampuan dan keperluan. Malah soal ‘prioriti’, mana satu lagi penting perlu difikirkan.

 

Mencipta Dana RM100,000 menggunakan PruBSN Smartlink.

Baru-baru ini saya telah diajak berborak apakah instrumen yang sesuai untuk memberi dana pendidikan anak bernilai RM100,000 (atau lebih). Sebenarnya, dana pendidikan boleh dicipta dengan pelbagai cara; boleh menggunakan pelbagai dana amanah saham atau alternatif lain; menggunakan Takaful berkaitan pelaburan (takaful investment-linked).

Untuk dana pendidikan, ada beberapa instrumen yang boleh dipakai.

#1. Amanah Saham yang kos rendah (Amanah Saham Bumiputera/Tabung Haji) boleh bagi kira-kira peratus 6-7% setahun

Dana Pendidikan ASB.jpg

Dana Pendidikan Tabung Haji.jpg

Di sini menggunakan kalkulator TVM (time-value-money);

  • Menggunakan ASB, anda memerlukan caruman RM2,941 setahun selama 18 tahun untuk mencapai RM100,000.
  • Manakala Tabung Haji, anda memerlukan caruman RM3,235 setahun selama 18 tahun untuk mencapai RM100,000.

Cara-cara lain selain Amanah Saham Bumiputera atau Tabung Haji adalah:

  • Amanah Saham syarikat swasta (Public Mutual, Eastspring Investment, CWA, PMB etc.) kira-kira 5-15% setahun, bergantung pada dana dan risiko.
  • Hartanah. Satu biji rumah, satu anak. Dana dikumpul melalui ‘capital appreciation’ (nilai modal meningkat).
  • Fixed Deposit. Simpanan tetap berkadar 2-4% setahun.
  • Takaful atau Insuran berkaitan pelaburan. Pengurusan risiko dan pelaburan.

Oleh itu, dengan menggunakan takaful PruBSN Smartlink saya telah membuat tiga ilustrasi (Disclaimer: Ini hanya untuk rujukan pemahaman sahaja.)

Disebabkan dana ini hendak dipakai untuk tempoh lama (lebih 5 tahun), saya mencadangkan pelaburan takaful diletakkan di dana Ekuiti (Takafulink Dana Ekuiti).

Risiko tinggi untuk pelaburan jangka pendek, tapi risiko boleh urus untuk pelaburan jangka panjang. Dana ini bergerak seiring pergerakan KLCI.

Malaysia Stock KLCI 1977 - 2016.jpg

Untuk mengetahui berapa caruman yang diperlukan sebulan untuk mencapai optimum RM100,000 pada umur anak berusia 20 tahun akan datang.
Rujuk jadual illustrasi X% dan Y%.
  • X % adalah dividen pelaburan hanya 2% sepanjang tahun sehingga 20 tahun akan datang.
  • Y % adalah dividen pelaburan hanya 9% sepanjang 20 tahun pertama dan 6% tahun berikutnya.
Dalam ini juga saya sertakan manfaat takaful yang dirasakan penting.
  1. Manfaat kematian: Ada saya buat RM50,000 (quotation 1) dan RM25,000 (minima – pada quotation 2 dan 3). Manfaat yang besar menyebabkan caruman bulanan lebih kepada takaful berbanding pelaburan.
  2. Manfaat Contributor : Manfaat jika umur anak sehingga 25 tahun mengalami penyakit kritikal, caruman oleh pelanggan tidak perlu tapi caruman akan diteruskan oleh operator Takaful iaitu Prudential BSN Takaful itu sendiri.
  3. Manfaat Parent Contributor: Manfaat jika berlaku kematian salah seorang ibu / bapa yang membantu membuat caruman, sijil ini akan masih berterusan tanpa caruman dari pihak pelanggan.
  4. Manfaat Takaful Saver Contributor dan Takaful Saver Parent Contributor. Caruman untuk pelaburan masih diteruskan jika anak menghidapi sakit kritikal atau ibu/bapa menghidapi sakit kritikal. Caruman akan disambung oleh pihak operator Takaful sehingga umur anak 25 tahun.

Kelebihan menggunakan PruBSN Smartlink adalah dilengkapi dengan manfaat takaful (seperti di atas ini).

Senario seperti ibubapa meninggal dunia dalam tempoh anak masih belum mencapai umur 20 tahun lagi, keadaan seperti itu memboleh caruman masih ‘bergerak’ lagi (masih dicarum lagi). Jadi untuk situasi ini, amatlah sesuai mempunyai instrumen pengurusan risiko berserta simpanan pelaburan pendidikan.

Apa-apa pun terpulang kepada ibu bapa, pilih instrumen yang sesuai untuk dana pendidikan.

 

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s