BNM Framework : Ambil Takaful / Insuran Secara Online

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Struktur industri kewangan di Malaysia bukannya lama. Masih baru. Seperti industri takaful, telah wujud sejak tertubuhnya Bank Islam lagi tapi baru rancak dalam pasaran sejak tahun 2007. Oleh itu, bank pusat iaitu Bank Negara Malaysia sendiri telah mempunyai pelan jangka masa panjang untuk memastikan industri kewangan lebih telus dan baik dari masa ke masa.

Isu terkini, ‘Beli takaful / insuran secara online’ tersebar luas dalam media sosial. Ini saya ambil dari bacaan sebuah status, elok untuk difikirkan.

Gempar juga alam maya, dikalangan ejen takaful / insuran bila beberapa syarikat mula menawarkan pembelian pelan takaful / insuran melalui ‘direct channel’ iaitu tanpa memerlukan khidmat ejen itu sendiri.

Ada yang bimbang, ada yang tak ambil peduli, ada yang tak tahu apa yang sedang berlaku walaupun mereka sendiri adalah ejen takaful / insuran.

Apa-apa pun ini adalah pendapat beliau:

#1. Perubahan sentiasa berlaku.

Dalam dunia ini, apa yang tetap adalah ‘perubahan’. Bila BNM keluar arahan, semua syarikat perlu ikut. Contohnya bila BNM suruh syarikat insuran / takaful tidak boleh berada dalam keadaan komposit; ada insuran am dan insuran nyawa dalam satu syarikat. Oleh itu, ada syarikat terkemuka (siapa yang rajin baca suratkhabar), telah menjual bisnes insuran nyawa mereka dan ejen-ejen mereka kepada sebuah syarikat lain.

Ada pro dan con pada syarikat dan ejen-ejen, tapi kita perlu adaptasi situasi ini.

#2. Orang Malaysia lambat berubah.

Sebagai rakyat Malaysia, saya nampak sikap masyarakat kita terhadapa sesuatu perubahan dalam bidang kewangan  terutamanya; mendapat respon yang rendah, reaksi yang perlahan.

Sebagai contoh, dahulunya unit amanah saham (unit trust) mula dipasarkan melalui platform online melalui Fund Supermart (FSM) berpangkalan di Singapura. Boleh dikatakan ramai ejen UT bimbang periuk nasi mereka akan terjejas, namun hakikatnya pada hari ini statistik menunjukkan amanah saham terjual melalui channel online platform tersebut terlalu sedikit dan tak mampu menandingi jualan yang dibuat oleh ejen unit amanah tegar beberapa syarikat seperti Public Mutual, CWA, Eastspring dan lain-lain.

Sebenarnya online platform hanya sesuai untuk pelanggan yang bersifat IT Savvy sahaja.

#3. Pengguna khidmat kewangan masih manja.

Penggunja yang jenis manja ini, memang memerlukan orang yang memberikan perkhidmatan – ejen itu sendiri. Mana tidaknya, tiap-tiap bulan bayar premium / caruman takaful / insuran pun macam nak berperang (ejen minta duit), kalau tak minta buat dono – tak bayar dan polisi akan ‘lapse’.

Anggap ejen macam peminta sedekah. Bila silap sedikit, melenting macam ulat nangka. Walhal ada juga online platform bayar atas talian, seperti Maybank, CIMB, JomPay dan terbaru PruBSN Touch pun tak nak bayar, semua nak lalu ejen.

Ejen demam, pening, sakit masuk hospital pun terpaksa gagahkan diri bayar caruman pelanggan. Adakah sikap begini sesuai untuk menggunakan online platform?

Segala tuntutan buat sendiri. Kemalangan, buat sendiri. Sakit kritikal, buat sendiri.

 

Perubahan tetap berlaku, tetapi perubahan itu terlalu perlahan.

Pendapat saya, ya mungkin satu hari nanti Malaysia akan ikut jejak seperti negara US, UK dan negara maju lain tidak menggunakan konsep ejen dan agensi.

Hope for the best, prepare for the worse.

 

Disclaimer: Konten bukan milik saya. Siapa yang mahu diberikan kredit atas tulisan beliau (saya baca melalui Facebook sahaja), boleh hubungi saya.

 

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s