Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pendekatan seorang Muslim mengambil produk kewangan yang berlandaskan syariah adalah sangat dituntut. Ini bagi menjamin bebas dari unsur riba, gharar dan maysir (perjudian).
Baru-baru ini saya telah ditanya mengenai apakah perbezaan antara ‘shariah compliance’ dan ‘shariah approved’.
Shariah Compliance & Shariah Approved
Isu ini timbul dikalangan ejen-ejen insuran dan takaful. Seperti sedia maklum, perlu fahami dahulu landskap industri takaful. Sebenarnya pengenalan takaful adalah sangat lama, malah sejak penubuhan Takaful Malaysia lagi. Tetapi kerancakannya bermula sekitar tahun 2006 dengan pengenalan produk Takaful berkaitan pelaburan.
Imbas semula…
Sebelum pengenalan takaful berkaitan pelaburan, sudah wujudnya insuran berkaitan pelaburan dimana adalah tambah baik pelan seperti endowment life insurance dan whole life insurance, memberikan opsyen perlindungan lebih panjang dan pulangan nilai tunai pada masa akan datang.
Insuran berkaitan pelaburan, akan membeli unit-unit amanah saham. Instrumen amanah saham ini boleh jadi pelaburan yang macam-macam. Pelaburan itu mungkin dari industri perjudian, bank konvensional dan apa sahaja perniagaan tidak patuh syariah.
Kewangan Islam sebenarnya adalah satu perkara yang baru. Sebagai memenuhi keperluan seorang Muslim, wujudnya pula dana-dana yang hanya melaburkan pada perniagaan yang patuh syariah.
Dana ini diperakui sebagai dana ‘shariah approved’. Dana yang dikenali sebagai ‘shariah approved’ tidak perlu mempunyai badan syariah yang memantau pergerakan dana tersebut, tetapi untuk menjamin dana itu patuh syariah, laporan perlu dihantar kepada badan tertentu untuk memastikan sentiasa patuh syariah (difahamkan badan tersebut adalah SC, Security Commisioner)
Berbeza dengan konsep ‘shariah compliance’, ia perlu ada badan syariah atau disebut ‘shariah committee’ pada syarikat tersebut. Badan ini berfungsi memeriksa, memastikan, menerangkan setiap kontrak (akad) dan cara kerja sentiasa mematuhi syariah dari masa ke semasa.
Insuran Berkaitan Pelaburan yang melabur di dana ‘shariah approved’.
Di sini, bukan untuk menjatuhkan hukum halal atau haram…
Tapi untuk kita berfikir.
Ayam adalah makanan yang boleh dimakan. Tetapi cara ayam itu diambil, adalah dengan mencuri ayam dari jiran sebelah. Adakah ayam itu masih kategori yang boleh dimakan?
Persoalan di sini, cara bagaimana duit diambil dan cara melabur adalah dua perkara yang berbeza. Jika cara diambil sudah tidak betul, adakah apa yang dilaburkan itu boleh menidakkan perkara sebelumnya.
Allah knows best.