Penasihat Kewangan : Apa Beza dengan Ejen Produk Kewangan?

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Tahun lepas saya telah menghabiskan tempoh ‘pembelajaran’ saya tentang bidang baru saya baru terokai – bidang penasihat kewangan. Bidang ini masih baru di Malaysia, di mana ketika saya menulis ini lebih kurang 500 individu adalah penasihat kewangan yang berlesen dan mempunyai kompentensi untuk bicara kewangan secara meluas.

Kedudukan sebagai penasihat kewangan lebih ketara apabila diterangkan dengan jelas dalam Akta Khidmat Kewangan 2013 (Financial Services Act 2013, FSA 2013) dan Akta Khidmat Kewangan Islam 2013 (Islamic Financial Services Act 2013, IFSA 2013), yang memperihalkanĀ terperinci tentang peranan penasihat kewangan.

Sebelum pergi jauh, kita perlu kenal dulu apakah itu Financial Advisor atau penasihat kewangan. Sebenarnya penasihat kewangan bukan individu tetapi adalah satu syarikat yang dibenarkan serta diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dibawah FSA & IFSA 2013 untuk menjalankan perniagaan berkaitan perkhidmatan kewangan.

Bahasa pasarnya bagi senang nak faham, syarikat ini disebut sebagai ‘firm’. Contohnya, ABC Firm atau XYZ Firm.

Child-Financial-Literacy

Oleh itu, individu yang melakukan perniagaaan ini disebut sebagai FAR, iaitu Financial Adviser’s Representative. Individu bergelar FAR ini adalah ‘direct employment’ kepada Financial Advisor (atau Firm).

Beza Antara FAR dan Ejen Insuran / Takaful

FAR adalah individu yang bebas untuk memperkenalkan khidmat kewangan kepada pelanggan berdasarkan keperlukan kewangan pelanggan. Oleh itu, FAR mempunyai sumber untuk memilih pelan kewangan dari pelbagai syarikat insuran / takaful, asalkan ianya memenuhi keperluan pelanggan.

Ada yang berpendapat peranan FAR seperti insuran / takaful broker.

Tidak seperti FAR, ejen insuran dan ejen takaful hanya dibenarkan mewakili satu syarikat (prinsipal).

  • FAR mewakili pelanggan, ejen mewakili syarikat insuran/takaful.
  • FAR diberi didaftarkan di bawah organisasi BNM, ejen didaftarkan dibawah organisasi seperti LIAM, PIAM dan MTA.

 

Kepentingan FAR kepada pelanggan

FAR masih suatu baru, dan tidak semua memandang manfaat mempunyai FAR bagi sebuah keluarga.

Dalam urusan dengan pelanggan, FAR mewakili pelanggan dan bertanggungjawab apa yang dinasihatkan kepada pelanggan. FAR perlu tahu matlamat kewangan, situasi kewangan dan keperluan individu apabila ingin memberi pandangan terhadap produk kewangan.

FAR bekerja berdasarkan maklumat daripada pelanggan. Disebabkan mempunyai variasi produk yang pelbagai, ketepatan produk kewangan dengan keperluan pelanggan lebih tepat berbanding dengan ejen yang memegang produk kewangan daripada satu syarikat (prinsipal).

Oleh itu, sebagai pelanggan kita boleh memilih samada ejen atau FAR. Cumanya, FAR tidak akan ‘biased’ terhadap satu produk sahaja. FAR adalah kredibiliti untuk membuat perbandingan antara produk-produk kewangan lain, contohnya pelan takaful.

 

Salah Faham tentang Penasihat Kewangan / FAR

Perkataan penasihat kewangan atau FA (financial advisor) adalah perkataan yang termaktub dalam Seksyen 139, FSA. Tidak boleh digunakan sesuka hati menggunakan nama penasihat kewangan atau financial advisor. Jika bersalah, boleh dikenakan denda sehingga 25 juta ringgit.

Oleh itu, jika masih ejen atau bekerja untuk mana-mana syarikat kewangan tidak boleh menggunakan perkataan ini sewenang-wenangnya.

 

Perubahan : ‘Embrace the Change’

Keperluan insuran / takaful melalui pengantara ejen-ejen mungkin akan berubah kepada memerlukan FAR pada masa akan datang. Kedudukan FAR juga termaktub dalam FSA dan IFSA 2013, juga dalam blueprint BNM menunjukkan sehingga 2020 – peranan FAR lebih jelas dan lebih luas.

Tepuk dada, tanya diri anda.

Adakah anda memerlukan ejen atau FAR, untuk mendapatkan khidmat kewangan lebih jelas?

 

Adib Yazid

 

Sumber:

 

 

 

 

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s