Jangan Malu dengan Jual Polisi RM50. Pengajaran dari Air Asia.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Menaiki kapal terbang merupakan pengalaman yang menarik. Apatah lagi, jika kita menggunakan khidmat syarikat yang mempunyai kabin terbaik contohnya Cathay Pacific. Baru-baru ini, saya diberi peluang menggunakan khidmat AirAsia.

Kali terakhir saya menggunakan khidmat AirAsia adalah pada tahun 1999, sebelum diambil alih oleh Tony Fernandez dan rakan bisnesnya pada tahun 2001. Kapal terbang pun warna hijau dan biru, bukan warna merah seperti sekarang.

 

Air Asia 1999.jpg

 

Hari ini ramai mengenali AirAsia dengan tagline mereka, ‘Everyone Can Fly’ bermaksud semua orang boleh terbang. Mereka menawarkan caj dan tambang penerbangan serendah yang mungkin kepada pelanggan yang hanya mahu bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi.

Ketika saya pertama kali naik AirAsia (agak berlagak, pertama kali tu) memang saya bosan. Saya suka perjalanan saya ada suatu yang menarik  untuk dilakukan – menonton filem kegemaran melalui kancah tv dalam kabin dan makanan yang sedap. Bayangkan, perjalanan saya selama 6 jam dari lapangan terbang Incheon ke Kuala Lumpur tiada apa-apa! (pertama kali begini).

Di depan saya hanya ada satu majalah tentang syarikat ini – Air Asia.

AirAsia pada awalnya adalah syarikat yang banyak masalah dan diambil oleh oleh Tony Fernandez dan sekarang adalah satu jenama yang gah dalam kategori penerbangan kos rendah (low cost airlines). Tetapi kenapa jenama AirAsia lebih menonjol berbanding syarikat penerbangan murah yang lain.

Kata kuncinya adalah pengalaman pelanggan.

Minda masyarakat Asia, murah itu tidak bagus dan mahal itu sangat bagus. Apabila mereka menawarkan tiket penerbangan murah, bukan bermaksud kita perlu bagi layanan ‘biasa-biasa’ kepada pelanggan kerana harga yang mereka beli itu murah!

Untuk bersaing dalam kategori permainan harga, apa yang penting adalah nilai yang dibawa. Walaupun AirAsia adalah penerbangan murah, perkhidmatan kabin mereka cuba yang terbaik memberi layanan tahap kelas dunia, secara optimum apa yang telah dibayar kepada mereka.

Caj penerbangan yang kecil itu adalah mekanisma semata-mata untuk dapatkan peluang kabin krew AirAsia memberi yang terbaik! Strategi itu sebenarnya berkesan pada tempoh yang sangat lama.

Pada hari ini, pelanggan AirAsia pula ‘demand’ khidmat penerbangan mewah bersama AirAsia seperti Premium Flat Bed dan macam-macam lagi.

Oleh itu, kita jangan malu untuk ‘propose’ polisi RM50. Mana tahu, orang yang sama akan membeli polisi bernilai RM500 pula pada masa akan datang. Masa adalah segala-galanya.

 

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s