LIMA Nasihat Li Ka Shing kepada Generasi Muda

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Baru-baru ini saya terbaca sebuah artikel dalam majalah Quaterly oleh Prudential. Saya amat tertarik dengan nasihat Li Ka Shing seorang billionaire dari Hong Kong. Ini apa yang sempat saya baca dan coretkan ketika waktu lapang saya.

 

Adib Yazid Li Ka Shing.jpg

 

#1. Beli makanan tengahari untuk orang lain.

Sentiasa ingat untuk belanja makan tengahari orang yang lebih berilmu daripada diri kita, lebih kaya dari kita dan orang-orang yang bantu kita dalam karier. Lakukan setiap bulan.

Perlu percaya bila kita melabur pada masa dan duit pada orang yang lebih hebat dari kita, ini akan menaikkan diri kita setaraf kita. Ianya juga membantu kita diperlihatkan oleh mereka.

Lakukan perkara ini akan memberi tiga persepsi penting pada diri kita. Satu, anda seorang berpengaruh. Kedua, anda ada utamakan nilai. Ketiga, anda seorang pemurah.

#2. Jadilah ulat buku.

Bila membeli buku, baca penuh teliti dan ambil pengajaran serta strategi yang diajar. Setiap buku, selepas habis membaca ulas buku dalam bahasa kita mudah fahami untuk senang diceritakan kepada orang lain.

Dengan komitmen membaca, kita meletakkan diri kita seorang yang tidak tahu semua perkara dan pada masa yang sama mencari ruang untuk memajukan diri secara konsisten. Lebih penting, aplikasikan apa yang sudah dibaca supaya perspektif kita lebih luas.

#3. Belajar untuk menjual.

Bila kita mempunyai karier, cari peluang untuk belajar menjual. Jika tidak, belajar menjual secara part-time. Melakukan jualan adalah kerja sukar tapi itu adalah cara pantas belajar teknik menjual. Skil ini amat penting dan bakal membantu kehidupan kita akan datang.

Setiap orang berjaya dan orang bisnes berjaya biasanya mempunyai pengalaman dalam menjual. Gunakan pengalaman ini  membantu visi dan misi kita. Gunakan skil ini menjual impian kita pula. Apabila kita tahu menjual dan punya asas menjual, kita akan kenal mana bisnes yang sesuai.

#4. Rancang karier.

Kehidupan boleh di-design. Karier boleh dirancang. Kebahagiaan boleh disediakan. Kuncinya, mulalah merancang dari awal. Bila kita miskin, kurangkan berada dirumah dan banyak berada diluar. Bila kita kaya, duduk rumah dan kurangkan masa diluar.

Ini adalah idea saya tentang kehidupan. Dunia ini umpama kepingan puzzle yang bersepah-sepah, kita yang tentukan apa yang kita mahu dari kehidupan itu. Ramai yang sebut kehidupan tidak boleh kawal, dan membiarkan kehidupan mengawal keputusan diri kita.

Apakata mula menulis apa yang hendak dilakukan hari ini?

#5. Pilih gaya hidup yang ringkas.

Bahagian pertama kewangan kita untuk kehidupan seharian kita. Kita boleh rancang kehidupan kita seringkas mungkin, cuba dengan 20 Dollar sehari. Sarapan telur dan susu. Tengahari, juadah ringkas dan snek serta buah. Makan malam, masak sendiri dua jenis sayur dan minum susu sebelum tidur.

Pastikan jadual kehidupan kita dalam aturan yang jelas dah boleh diulang – mantra. Dalam kehidupan kita, kecil atau besar kita boleh hidup dengan perkara kecil. Tidak kisah kita hidup dimana, kita boleh hidup dengan sedikit kesusahan.

 

 

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s