Assalamualaikum dan selamat pagi.
Perkara awal tahun yang saya biasa ditanya adalah tentang percukaian. Ramai yang tanya apa yang boleh mengurangkan cukai untuk tahun ini dan apa perlu buat untuk mengurangkan cukai.
Cukai adalah instrumen penting kepada negara, sebagai salah satu sumber pendapatan penting. Cukai juga adalah tanggungjawab dua hala; rakyat dan negara di mana rakyat yang menetap dan mendapatkan sumber kewangan dicukaikan. Hasilnya diberi kepada kerajaan. Hasil ini akan diterjemahkan dalam bentuk pengurusan negara, pembangunan infrastruktur dan sebagainya.
Sejak kebelakangan ini banyak isu dibincangkan meluas tentang percukaian. Pihak yang bertanggungjawab mengutip cukai, iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga sedang giat memastikan rakyat tidak terlepas membayar cukai.
(Kedua-dua cerita sama)
Setiap orang yang memenuhi syarat untuk membayar cukai, perlulah melaksanakan pembayaran cukai. Walaupun pendapatan kita sedikit, (kerja sambilan sahaja) ada berpendapat tidak perlu membayar cukai.
Ya, jika pendapatan kita masih kecil dan tidak memenuhi syarat untuk dicukai – kita masih wajib untuk membuat pengakuan tentang pendapatan tersebut. Ini antara perkara yang ramai orang silap dalam hal percukaian. Ramai diluar sana memikirkan, hanya pendapatan besar-besar sahaja perlu membayar cukai.
Boleh dikatakan sejak saya mengetahui tentang percukaian, saya kerap memandang cara kerja LHDN. Baru-baru ini (baru sahaja bulan Februari lepas), banyak kes golongan profesionalisme menjadi ‘target’ baru oleh pihak LHDN. Mungkin, golongan ini sebenarnya berpendapatan sangat tinggi tetapi tidak membayar amaun sepatutnya bayar menyebabkan LHDN turun padang.
Ini adalah cerita tahun lepas, seorang doktor dari hospital terkemuka di Kuala Lumpur telah menjadi bahan berita tentang hal percukaian.
Ini paling terbaru, 23 February 2017 tentang seorang doktor yang di’korek’ maklumat percukaian sejak tahun 2007, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013. Sebelum ini, dicanangkan supaya kita perlu menyimpan hanya untuk tujuh tahun sahaja. Berita ini menyebabkan saya terfikir, LHDN boleh meminta kita untuk tahu tentang bukti dokumen percukaian lebih dari 7 tahun!
Jadinya, saya yang berada dalam industri insuran & takaful juga tidak terlepas daripada hal percukaian.
Isu percukaian, memang semua akan dikenakan cukai. Tetapi kita boleh mengurangkan amaun pembayaran cukai dengan cara dibenarkan undang-undang percukaian negara (Akta Percukaian dan ‘public ruling’ dalam laman web LHDN, serta Bajet Negara yang dibentangkan).
Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia bukan sekadar ilmu tentang pengurusan risiko (insuran & takaful) dan ilmu pelaburan (saham, hartanah, amanah saham, emas dan perak) sahaja perlu dikuasai – malah hal percukaian adalah perkara yang perlu dikuasai oleh kita pada masa kini.
Laksanakan tanggungjawab kita sebagai pembayar cukai. Melarikan diri daripada cukai adalah berbeza dengan mengurangkan amaun cukai patut bayar.
Selamat membayar cukai untuk tahun 2016!