Bajet Kewangan : Cara Paling ASAS Mengetahui Pola Perbelanjaan Individu

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Pernah seorang guru kewangan saya memberitahu, bahawa pengurusan kewangan peribadi untuk mengetahuinya adalah ‘rocket science’ tetapi perlaksanaan adalah ‘art’. Mungkin kata-kata itu ada benarnya.

Dalam pengurusan kewangan, asasnya bukanlah trik-trik pelaburan yang hebat. Tetapi aliran tunai. Jika kita mempunyai aliran tunai yang baik (positif), barulah boleh fikir tentang pelaburan dan lain-lain.

Jangan fikir lagi tentang pelaburan hebat-hebat jika aliran tunai diri kita masih ke-laut!

Simpan Resit Untuk Cukai.JPG

Kumpul resit dan penyata, perkara ini senang dilakukan tetapi leceh untuk dilaksanakan.

 

Hujung tahun lepas, ada orang ingin berjumpa saya untuk menyusun kewangan. Bila saya lihat secara kasar, nilai aliran tunai – negatif! Soalan yang saya tanya kepada beliau, “Mana duit pergi sebenarnya?” Sudah pasti jawapannya, “Saya tak tahu ke mana duit saya pergi.”

Saya memberi cadangan; track segala perbelanjaan. Bagaimana? Apa sahaja cara. Ada banyak cara untuk kita pakai. Ini adalah contoh-contohnya:

  1. Simpan segala bukti perbelanjaan. Maksud lain, simpan segala resit perbelanjaan. Jika tidak ada perbelanjaan menggunakan resit (beli gula dari kedai runcit Ali), gunakan buku kira-kira. Pakai buku 555 pun tak apa.
  2. Catat segala perbelanjaan – cara tradisional. Segala duit masuk dan duit keluar, tulis dalam satu buku. Beli satu buku, untuk tugas kira.
  3. Guna aplikasi. Juga, sama seperti no.2 cuma dalam bentuk digital. Bagusnya, senang untuk buat rajah dan lihat ‘trend’ perbelanjaan. Saya suka gunakan aplikasi Spend Tracker.

Saya cadangkan untuk satu bulan dahulu. Tetapi kalau kita ‘track’ perbelanjaan selama sebulan mungkin kurang tepat disebabkan dalam satu bulan hanya nampak satu ‘trend’ sahaja.

Idealnya, ‘track’ selama tiga bulan berturut-turut barulah kita tahu kemana duit kita. Untuk lebih ‘advance’, cubalah ‘track’ perbelanjaan selama setahun. Barulah kita dapat maklumat yang lebih jelas.

Beliau telah kembali selepas setahun dan bawa rekod-rekod perbelanjaan selama setahun. Jika maklumat sudah ada di tangan, proses seterusnya adalah membuat analisa kewangan. Analisan perbelanjaan, bukan aktiviti analisa dalam makmal sains. Ianya adalah proses ringkas nak tahu kemana sumber kewangan kita mengalir. Dalam kes ini, saya minta untuk lihat perkara asas perbelanjaan di Kuala Lumpur – perbelanjaan tol dan minyak serta makan.

 

 

Belanjawan Bajet 2016.jpg

Situasi di atas, boleh saya katakan masih kurang tepat. Kerana ada juga maklumat yang tidak dapat direkodkan kerana terlupa. Ya, dalam proses mengetahui status kewangan kita  perkara paling utama adalah disiplin yang tinggi.

Ikutkan disini, kita boleh tahu angka minima dan angka maksima dan angka purata. Contohnya, untuk makanan pada bulan Ogos perbelanjaan untuk makanan cecah sehingga RM1,000 walhal boleh dalam linkungan RM300 sahaja. Apa sebenarnya yang berlaku pada bulan Ogos?

Rupanya, pada bulan Ogos banyak aktiviti makan di luar.

Berkenaan petrol dan TouchNGo, ditanya angka tidak konsisten. Tetapi perkara boleh jelas di sini, jika naik kereta angka nilai TouchNGo untuk sebulan boleh cecah sehingga RM400-RM500 sebulan. Melalui angka ini, saya boleh rumuskan secara kasar bahawa bayaran tol lebih mahal berbanding minyak. Baik guna jalan jauh, berbanding bayar tol.

Kenyataan ini boleh disangkal jika ada maklumat kewangan perbelanjaan lebih tepat.

Apa solusi yang boleh saya beri kepada beliau?

Ini apa yang saya fikirkan, tetapi masih terpulang kepada beliau untuk ikut atau tidak.

  • Kurangkan makan di luar seperti restoran dan kedai mamak.
  • Gunakan jalan tanpa tol, atau gunakan kenderaan tanpa tol contoh motorsikal.
  • Gunakan kenderaan lebih jimat minyak. Jika dulu 2000 cc, sekarang guna kereta 1500 cc. Lihat juga ‘fuel consumption’ kereta yang kita pakai.

Saya sarankan supaya kita sekurang-kurang sekali buat dalam hidup kita buat benda ini, untuk lihat pola dan gaya perbelanjaan kita, supaya kita sedar apa yang kita pakai dengan duit kita terima.

Selamat mencuba.

Advertisement

1 Comment

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s