Assalamualaikum dan selamat pagi.
Baru-baru ini saya pergi kelas cukai, untuk menajamkan ilmu tentang percukaian. Dalam kelas ini, ada dua isu membuatkan saya sangat terkejut. Dua isu tersebut adalah isu tentang ISSOSNES dan RGB (retirement gratuity benefit).
Isu Pertama: Retirement Gratuity Benefit bukan dibenarkan untuk pelepasan cukai, ianya adalah pendapatan.
Retirement Gratuity Benefit atau RGB adalah satu manfaat yang akan diberi kepada ejen-ejen di bawah Prudential, dimana akan dinikmati pada usia 60 tahun dengan syarat perlulah memberi servis kepada Prudential lebih daripada 10 tahun.
Dalam kelas percukaian baru-baru ini saya pergi, difahamkan RGB akan diterima pakai sebagai pendapatan dan bukannya pelepasan. Mengapa boleh jadi begini?
RGB yang dibenarkan contohnya untuk Gratuity Benefit yang diterima oleh pesara kerajaan, kelayakan RGB untuk pelepasan cukai hanya lah untuk seseorang yang bekerja (employee). RGB di bawah Prudential sebenarnya adalah hasil jualan akan datang. Atas sebab itu, jika penerimaan RGB pada usia 60 tahun tidak boleh dianggap sebagai komisyen akan datang.
Tidak boleh anggap seperti KWSP atau dana persaraan. RGB dengan kata lain adalah ‘future commision’ ataupun ‘diver commision’.
Isu Kedua: ISSOSNE bukanlah satu Capital Appreciation tapi ia adalah Sales Incentives, jadi ianya adalah pendapatan dan perlu dicukaikan.
ISSOSNE adalah satu skim dimana untuk ejen-ejen Prudential yang minima mendapat Prudential Wealth Planner. Skim ini dimana, meminta ejen untuk mencarum sekian amaun untuk minima 3 tahun. Duit ini akan membeli syer Prudential PLC pada harga sebelum waktu sebenarnya.
Misalnya beli pada 15 pound per share tapi pada masa 3 tahun akan datang, harga satu share boleh jadi 30 pound. Jadi kalau nak jual, untungnya tidak boleh dicukaikan kerana ia adalah Capital Appreciation.
Perkara sebenarnya, hasil keuntungan ini akan dimasukkan ke dalam CP58 sebagai pendapatan. Sebagai pencerahan, caruman setiap bulan selama 3 tahun sebenarnya bukan proses untuk membeli share-share (unit-unit) tetapi sekadar proses memberi duit menggunakan perbezaan nilai share.
Sebab itu, dimasukkan ke dalam CP58 sebagai pendapatan atau disebut Sales Incentives.
Disclaimer: Apa maklumat yang saya beritahu di sini adalah melalui apa yang pelajar dalam kelas percukaian tahun 2017. Untuk pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk kepaada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri.