Assalamualaikum dan selamat pagi.
Sempena bulan cukai (untuk borang BE dulu), ramai juga bertanya tentang isu percukaian tahun ini. Bab insuran & takaful, kena lihat penyata untuk tahu berapa amaun dibenarkan untuk ruang kolum ‘insuran nyawa & KWSP’ dan ruang kolum ‘insuran pendidikan & kesihatan’.
Sebelum ini juga saya pernah menulis tentang isu percukaian untuk bisnes secara ‘surface’ dahulu. Boleh baca di sini : Celik Cukai – Pemahaman Cukai Untuk Entiti Perniagaan.
Beza Cukai Individu & Entiti Bisnes
Entiti bisnes ada banyak jenis. Dalam ini saya lebih tumpukan kepada entiti paling ‘cikai’ iaitu entiti entrprise atau sole-entrepreneur. Sudah pasti, jika syarikat (sendirian berhad) lagi banyak cukai boleh dijimatkan.
Jika kita seorang pekerja, kita tidak dibenarkan membuat pengurangan cukai untuk perbelanjaan, tuntutan Capital Allowance (seperti kereta, motor dan peralatan) dan kerugian. Hanya entiti bisnes layak untuk pengurangan cukai bagi perbelanjaan (deduction of expenses), tuntutan Capital Allowance (claim of capital allowance) dan kerugian (carry forward of losses).
Untuk pengetahuan, bukan seratus peratus (100%) layak untuk buat tuntutan perbelanjaan.
Bagi kes perbelanjaan minyak & tol, setahun adalah RM12,000. Nilai RM12,000 tidak boleh terus diletakkan 100%. Ini akan memberi tanda tanya, adakah benar RM12,000 ini untuk perbelanjaan operasi bisnes semata-mata.
Kita sedia maklum, bisnes entiti sole-entrepreneur ini adalah entiti bisnes diri sendiri yang ada potensi untuk campur adukkan dengan aktiviti peribadi. Contohnya, kereta kita pakai memang untuk pergi ke perjumpaan untuk ‘closing deal’. Tetapi pada masa yang sama ada juga untuk pergi ke pasaraya membeli susu anak & barang keperluan dapur sendiri.
Penyata Kewangan Perniagaan
Orang bisnes, sekecil-kecil bisnes perlulah mahir bab atur kewangan perniagaan.
Bawah ini adalah contoh penyata untung dan rugi bagi sebuah entiti perniagaan insuran bisnes.
Boleh kita analisa di sini, pada mulanya pemilik bisnes ini ingin membuat tuntutan pengurangan sebanyak 100% dari amaun yang telah dikira. Beliau merasakan itulah amaun yang sebenarnya perlu di letakkan sebagai perbelanjaan.
Menurut pandangan akauntan & orang yang mahir percukaian, penyata ini menimbulkan keraguan. Di mana akan lihat pada ratio perbelanjaan (expenses / revenue ratio) iaitu lebih 50%. Bermaksud setiap duit yang masuk, separuh untuk perbelanjaan. Jadinya, untung sebenar (profit/revenue ratio) hanyalah lebih kurang 40% sahaja.
Perlu lakukan perubahan (adjusment) dimana menggunakan skala 1/3 atau 1/2 untuk perbelanjaan tertentu (boleh lihat gambar). Ratio yang dikira adalah dalam linkungan 30:70 dimana menghampiri ratio 20:80.
Dalam percukaian, perlulah ada ‘make sense’. Apatah lagi entiti bisnes bukan Sendirian Berhad.
Jika tidak berani membuat pengiraan cukai secara sendiri di rumah, boleh sahaja hubungi ejen percukaian (boleh rujuk laman web LHDN). Memang perlu ada caj perlu dibayar, tetapi tidak memeningkan kepala akan datang.
Selamat membayar cukai.