Bajet Kewangan : Menyelia Kewangan Secara Sendiri (DIY) – Bagaimana caranya?

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Apabila saya berjumpa ramai orang di luar sana, mula-mula terus terjun bertanya tentang apakah pelaburan yang menarik pada waktu sekarang. Walhal perlu tahu keadaan kewangan mereka, masih tahap ke laut.

Aliran tunai masih negatif, tapi jiwa meronta nak melabur yang belum tentu lagi pulangannya!

Aiyo.

Bila tanya mana duit pergi, mereka geleng kepala: “Kami tak tahu, sebab itu kami mahu berjumpa dengan tuan.”

Situasi begini saya cadangkan kenal dahulu pola perbelanjaan kita dan kemana duit kita mengalir dahulu. Kebiasaannya saya cadangkan untuk ‘monitor’ perbelanjaan selama setahun, untuk lebih jelas kemana kita berbelanja. Tetapi, banyak kes nasi sudah jadi bubur. Nak trace mana perbelanjaan agak sukar. Jadi saya cadangkan kaedah ini.

Kaedah ini agak lapuk. Tetapi bagi saya lebih jelas, ada fizikal di depan disamping memberi motivasi dan tamparan kepada kita, kalau terlebih belanja.

 

Langkah 1 : Beli Sampul Surat Saiz A4 atau A3.

AdibYazid Kawal Belanja 2017 001.jpg

Murah sahaja. Pergi sahaja ke kedai buku, beli 12 keping untuk perbelanjaan 12 bulan (setahun). Harga satu dalam RM0.80 sehingga RM1.20.

 

Langkah 3: Labelkan setiap sampul surat.

AdibYazid Kawal Belanja 2017 002.jpg

Gunakan format yang mudah, JAN FEB MAC dan jangan lupa letakkan tahun, 20XX.

 

Langkah 3: Kumpul segala resit perbelanjaan dan bukti pembelian.

AdibYazid Kawal Belanja 2017 003.jpg

Jadikan tabiat baru, tidak buat resit belanja. Ya, kena jadikan rutin. Kalau di stesen minyak, rajin-rajinkan tanya untuk resit.

 

Langkah 4: Asing resit tersebut ikut bulan.

AdibYazid Kawal Belanja 2017 004.jpg

 

Langkah 5: Proses ‘extract’ maklumat.

Sekarang ada bahan bukti, langkah kelima adalah proses menyusun bukti. Misalnya, jika kita mahu tahu perbelanjaan minyak setiap bulan – cari resit perbelanjaan minyak setiap bulan dan catatkan.

Banyak maklumat lain kita boleh perolehi, misalnya:

  • Dobi
  • Minyak
  • Tol / Touch N Go
  • Bayaran parkir
  • Telefon
  • Belanja perubatan
  • Belanja runcit
  • Makan luar
  • Buku
  • Dan lain-lain

 

Boleh rujuk entri blog sini, untuk lebih jelas. BACA Bajet Kewangan : Cara Paling Asasa Mengetahui Pola Perbelanjaan.

 

 

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s