Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sebelum ini saya telah menulis apa itu FAR (financial advisor representative) dan sedikit tentang FPR (financial planner representative). Ini adalah perkara baru di Malaysia di mana secara figuranya, tak ramai lagi tahu mengenai. Jika tahu pun, ada yang masih mencari jalan bagaimana untuk menjadi FAR / FPR.
Untuk pengetahuan am-nya, kalau ingin menjadi FAR/FPR perlu ada kelayakan terlebih dahulu. Maksud lain, perlu ada certificate atau sijil professional, baru melayakkan diri menjadi FAR/FPR.
Apa kelayakan yang perlu dilaksanakan?
Ini ada beberapa sijil professional yang kita boleh laksanakan.
- Registered Financial Planner (RFP). Ini lebih kepada cara konvensional sahaja.
- Shariah Registered Financial Planner (ShRFP). Ya, ini baru ilmu kewangan patuh Syariah.
- Islamic Financial Planner (IFP). Apa beza dengan ShRFP? Ini lebih kepada tahap antarabangsa. Beza sekolah kebangsaan dan sekolah agama.
- Certified Financial Planner (CFP). Ini adalah ilmu kewangan tahap antarabangsa dan lebih dikenali di mata dunia.
Apa pilihan saya?
Pada mulanya saya kenal tentang certification ini, yang pertama adalah IFP.
IFP ini saya difahamkan lebih meluas dan dibawah kendalian IBFIM (Institute Banking Financial Institution Malaysia). Saya lebih yakin ke sana dan telah memulakan pengajian empat modul, modul satu hingga empat.
Ada masalah ketika saya mengambil IFP. Masalah utama adalah masa, disebabkan saya ambil dari awal masa yang perlu untuk habiskan adalah lebih setahun. Masa ini juga boleh jadi sehingga dua tahun, jika kelas yang kita ambil tidak ramai pelajar. Terpaksa tunggu bilangan pelajar mencukupi baru kelas akan berjalan. Malah, kosnya boleh cecah RM10,000 untuk kesemua modul.
Jadinya, saya hanya belajar Modul 1 dan ambil peperiksaan Modul 1 sahaja.
Ada rakan mencadangkan saya untuk ambil Shariah RFP.
Shariah RFP pun begitu juga, ada beberapa Modul perlu dihabiskan dan boleh jadi tempoh yang lama. Bagusnya, ada satu cara untuk selesaikan dengan cepat, iaitu Shariah RFP Capstone.
Shariah RFP Capstone adalah untuk individu yang telah lama dala industri kewangan, minima 3 tahun (sila rujuk semula). Boleh dihabiskan dalam masa dua minggu. Ada peperiksaan dan paperwork perlu ditulis. Itu sahaja. Bagusnya, kos tidak cecah RM3,000.
Saya selesaikan Shariah RFP sehingga berjaya dan sambung IFP, tapi tidak bermula pada Modul 2 (sambungan). Saya terus ke Modul terakhir IFP atau disebut IFP Challenge Status.
Sebenarnya buat Shariah RFP sudah memadai. Disebabkan saya telah bermula dengan IFP (boleh juga saya katakan kesilapan saya tidak habis tanya). Alhamdulillah, dalam masa 11 bulan, saya telah selesaikan Shariah RFP dan IFP.
Bila kita selesaikan salah satu di atas, kita hanya baru ‘certified’. Tetapi untuk bergelar FAR/FPR.
Contoh dokumen: